Musa, Mohd Kamaruzaman (2022) Pembangunan instrumen penilaian pasca penghunian bagi perumahan bertingkat yang dibina menggunakan kaedah sistem binaan industri. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p MOHD KAMARUZAMAN MUSA.pdf Download (1MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
MOHD KAMARUZAMAN MUSA COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (361kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
MOHD KAMARUZAMAN MUSA WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) | Request a copy |
Abstract
Penilaian Pasca Penghunian (PPP) adalah penting bagi menilai bangunan yang telah siap dan diduduki bertujuan mengenalpasti kelemahan serta potensi untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Maka, kajian ini bermatlamat untuk membangunkan dan menentusahkan instrumen PPP dari aspek kualiti, prestasi serta ekonomi perumahan bertingkat bukan kos rendah menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) berdasarkan kepada persepsi dan pengalaman penghuni. Sejumlah 10 konstruk dan 108 sub-konstruk awal telah dikenalpasti melalui kajian literatur. Rekabentuk kajian ini menggabungkan dua kaedah kajian iaitu kualitatif dan kuantitatif. Bagi kajian kualitatif, temubual berstruktur ke atas 15 pakar rujuk menggunakan teknik Delphi 3 pusingan bagi mengenalpasti konstruk dan sub-konstruk yang sangat penting. Kaedah yang sama turut digunapakai dalam Proses Analitik Hirarki (AHP) bagi menentukan pemberat relatifnya. Selanjutnya, kaedah kuantitatif melibatkan 399 responden yang dipilih secara persampelan rawak berkelompok terdiri dari kalangan pemilik serta penghuni perumahan ini di tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Hasil analisis melalui Perisian Winstep V.3.69.1.11 telah mengenalpasti lima konstruk PPP di bawah aspek kualiti (spatial ruang, rekabentuk dan estetika, fizikal, bahan binaan dan mutu kerja), tiga konstruk di bawah aspek prestasi (keselesaan dan keselamatan, persekitaran dan kesihatan serta kebolehselenggaraan) dan dua konstruk di bawah aspek ekonomi (nilai dan kos) serta 73 sub-konstruk penting. Seterusnya, Instrumen PPP ini ditentusahkan melalui Analisis Komponen Utama (PCA) dengan nilai Eigen yang baik iaitu 1.6 - 2.9 (maksima 6.172) dan nilai varians mentah antara 44.7% - 74.3% (melebihi 40%) diterima baik dalam membentuk kerangka PPP yang berkesan. Oleh itu, hasil kajian ini mampu menyumbang kepada pemerkasaan Dasar Perumahan Negara ke arah penyediaan perumahan IBS bukan kos rendah yang selesa dan berkualiti kepada penghuninya.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Faculty of Engineering Technology > Department of Civil Engineering Technology |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 26 Feb 2023 07:26 |
Last Modified: | 26 Feb 2023 07:26 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8429 |
Actions (login required)
View Item |