Kajian potensi tanah liat, zeolit dan karbon teraktif sebagai penjerap komposit untuk merawat larut resapan

Ridzuan, Mohd Baharudin (2022) Kajian potensi tanah liat, zeolit dan karbon teraktif sebagai penjerap komposit untuk merawat larut resapan. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MOHD BAHARUDIN RIDZUAN.pdf

Download (562kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD BAHARUDIN RIDZUAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (259kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD BAHARUDIN RIDZUAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (43MB) | Request a copy

Abstract

Larut resap domestik mengandungi kepekatan bahancemar NH3-N dan COD yang sangat tinggi. Kajian ini menggunakan campuran bahan penjerap semulajadi terdiri daripada tanah liat, zeolit dan karbon teraktif bagi menjerap bahancemar tersebut. Ujian pencirian penjerap komposit telah dilakukan dengan menggunakan pendarkilau sinar-x (XRF), mikroskop imbasan elektron (SEM), luas permukaan Brunauer Emmett Teller (BET), titratan Boehm, pH di caj titik sifar (pHzpc) kelajuan goncangan, masa sentuhan, saiz partikel dan dos penjerap. Kelajuan goncangan adalah pada 200 rpm, masa sentuhan 120 minit, pH 7 dan saiz partikel 2.36-3.35 mm. Sementara ujian nisbah optimum dijalankan melalui penjerapan kelompok. Keputusan analisa kajian mendapati, tanah liat dan zeolit bleh dikategorikan sebagai penjerap hidrofilik dan karbon teraktif pula penjerap hidrofobik dengan nisbah optimum pada nisbah 5:3 sesuai dengan tingkah laku penjerapan NH3-N dan COD ke atas penjerap. Keputusan ujian XRF komposit penjerap menunjukkan kehadiran kalsium oksida dan silika oksida yang tinggi sebagai sebatian utama. Ujian SEM pula menunjukkan penjerap komposit mempunyai permukaan liang yang heterogen dan kasar. Kajian perbandingan menunjukkan kapasiti penjerapan penjerap komposit terhadap NH3-N dan COD adalah lebih baik daripada zeolit dan karbon teraktif. Kajian kinetik penjerapan mendapati penjerap komposit mengikut hampir kesemua model yang dikaji namun model pseudo-tertib kedua adalah paling dominan untuk keseluruhan parameter

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Building and Construction Engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 26 Feb 2023 07:55
Last Modified: 26 Feb 2023 07:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8440

Actions (login required)

View Item View Item