Satu kajian kualitatif dalam pembinaan polisi pengecualian jam kredit suatu panduan umum untuk pelajar diploma dari politeknik yang memohon masuk secara terus ke peringkat pengajian sarjana muda di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Siagian, Caroline Dame (2002) Satu kajian kualitatif dalam pembinaan polisi pengecualian jam kredit suatu panduan umum untuk pelajar diploma dari politeknik yang memohon masuk secara terus ke peringkat pengajian sarjana muda di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p CAROLINE DAME SIAGIAN.pdf

Download (818kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
CAROLINE DAME SIAGIAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (324kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
CAROLINE DAME SIAGIAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (46MB) | Request a copy

Abstract

Kajian kualitatif ini adalah bertujuan untuk (i) mengkaji polisi pengecualian jam kredit bagi KUiTTHO dan beberapa universiti tempatan dan luar negara, (ii) merangka semula polisi pengecualian jam kredit untuk KUiTTHO dan (iii) menilai perlaksanaan penggunaan polisi pengecualian jam kredit yang dirangka. Kajian pengecualian jam kredit merangkumi penganalisisan dokumen iaitu memfokus kepada kelengkapan dan kejelasan prosidur. Ini membawa kepada proses merangka semula polisi KUiTTHO. Antara kaedah yang dilakukan ialah mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada pelbagai pihak di KUiTTHO yang terlibat dalam pembinaan polisi. Beberapa cadangan perubahan dibangkitkan untuk memperbaiki polisi KUiTTHO yang digunakan pada masa kini. Antara perubahan tersebut ialah (i) menambah carta alir, (ii) borang permohonan yang mudahguna dan (iii) maklumat lanjutan bagi prosidur permohonan. Produk yang dihasilkan (rangka polisi pengecualian jam kredit) diuji. Kertas soal selidik berstruktur dan temu bual digunakan untuk proses pengujian. Data yang diperolehi melalui proses mengkod dan triangulation. Walaupun keputusan yang diperolehi tidak muktamad, namun hasil keputusan jelas menunjukkan bahawa polisi baru ini mempunyai potensi yang tinggi untuk diadaptasikan untuk kegunakan semua fakulti di KUiTTHO.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 May 2023 02:15
Last Modified: 02 May 2023 02:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8675

Actions (login required)

View Item View Item