Satu model awal jaminan kualiti bagi pendidikan berterusan kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Rashid, Farawaheeda (2004) Satu model awal jaminan kualiti bagi pendidikan berterusan kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p FARAWAHEEDA RASHID.pdf

Download (785kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
FARAWAHEEDA RASHID COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (282kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
FARAWAHEEDA RASHID WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (42MB) | Request a copy

Abstract

Persaingan di antara pekeija-pekeija dalam industri hari ini menuntut mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berterusan agar mereka boleh digelar sebagai K-workers. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang memberikan perkhidmatan pendidikan secara berterusan dalam bidang kejuruteraan. Namun begitu, masyarakat lebih menumpukan perhatian kepada IPT yang memberi perkhidmatan pendidikan berterusan kejuruteraan (PBK) yang berkualiti. Secara umumnya, kualiti dalam pendidikan akan dicapai sekiranya pendekatan kualiti seperti jaminan kualiti digunakan. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kritikal kejayaan dan indikator-indikator di dalamnya.serta mereka bentuk satu model awal jaminan kualiti untuk PBK di KUiTTHO. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Sampel kajian telah dipilih secara bertujuan yang terdiri daripada 30 orang pakar, staf dan 30 orang peserta program PBK di KUiTTHO dan UTM. Data kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0 dan ditafsirkan dalam bentuk skor min dan sisihan piawai. Daripada dapatan kajian, terdapat enam faktor kritikal kejayaan dan setiap faktor mempunyai indikator-indikator tersendiri. Secara keseluruhannya, setiap indikator mencapai tahap kepentingan yang tinggi iaitu skor min di antara 3.82 hingga 4.73. Seterusnya, pengkaji mereka bentuk Satu Model Awal Jaminan Kualiti PBK untuk KUiTTHO hasil daripada maklum balas dapatan kajian. Model awal jaminan kualiti ini telah mengintegrasi dan mengadaptasi beberapa model pembelajaran dewasa dan model pengurusan kualiti. Beberapa cadangan telah diberikan oleh pengkaji untuk pemurnian model ini dari aspek faktor-faktor kritikal kejayaan dan indikator-indikatornya yang boleh dijalankan melalui kajian Delphi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA174 Engineering design
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 May 2023 02:15
Last Modified: 02 May 2023 02:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8678

Actions (login required)

View Item View Item