Penerapan domain psikomotor dalam pelaksanaan pengajaran amali di kolej vokasional

Abu Bakar, Nabilah (2015) Penerapan domain psikomotor dalam pelaksanaan pengajaran amali di kolej vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
571Kb

Abstract

Pengajaran adalah proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Pengajaran amali di bengkel merangkumi gabungan kaedah pengajaran dan amalan berdasarkan domain psikomotor. Bagi melaksanakan pengajaran kemahiran, pengajar memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran. Pemilihan sesuatu kaedah pengajaran merangkumi perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran oleh tenaga pengajar haruslah memenuhi segala aspek keperluan dalam kehendak pengajaran yang ditetapkan. Pengajaran kemahiran perlulah menerapkan semua domain psikomotor seperti yang termaktub dalam elemen pengajaran kemahiran. Kajian ini melibatkan pemerhatian kepada 4 orang ketua bengkel manakala 301 orang tenaga pengajar amali pula sebagai responden kepada soal selidik. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh pemerhatian. Ujian MANOVA dan analisis tidak berstruktur pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Terdapat perbezaan kaedah pengajaran berdasarkan pengalaman mengajar, pemilikan sijil kemahiran dan jantina manakala bagi kaedah pemerhatian pula, tenaga pengajar kolej vokasional lebih memberi penekanan kepada pelaksanaan aspek psikomotor kepada domain pengamatan, persediaan, pergerakan terkawal, pergerakan khusus dan penyesuaian. Strategi pengajaran paling dominan diamalkan oleh tenaga pengajar adalah kaedah imbas kembali, soal jawab, demonstrasi, perbincangan dan tayangan video. Tenaga pengajar kurang memberi penekanan kepada domain mekanisme dan keaslian dalam kaedah pengajaran di bengkel. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi idea baru kepada tenaga pengajar aliran kemahiran dalam meneliti pendekatan dalam pemilihan kaedah pengajaran yang diperlukan bagi pengajaran berpaksikan pentaksiran standard kompetensi disamping meningkatkan nilai kemahiran amali dalam diri tenaga pengajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:8773
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:24 Jan 2017 12:08
Last Modified:24 Jan 2017 12:08

Repository Staff Only: item control page