Amalan keselamatan dalam makmal dan bengkel elektrik di politeknik dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) : satu tinjauan

A. Rahman , Khairunnisa (2004) Amalan keselamatan dalam makmal dan bengkel elektrik di politeknik dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) : satu tinjauan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1658Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan keselamatan dalam makmal / bengkel elektrik di politeknik dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Ini bertepatan dengan penekanan pihak kerajaan terhadap pentingnya keselamatan dan kesihatan pekeija di tempat kerja. Beberapa persoalan kajian telah dikenal pasti yang menjurus kepada tiga perkara iaitu (a) kepentingan peraturan keselamatan di makmal dan bengkel elektrik, (b) pendedahan terhadap peraturan keselamatan di makmal / bengkel dan (c) sikap para pelajar terhadap perlaksanaan peraturan keselamatan semasa melakukan keija amali di makmal dan bengkel. Dalam mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan diatas, kajian ini telah mengenalpasti sekumpulan responden dari tiga politeknik dan tiga IKBN. Seramai 233 pelajar Tahun Satu dan Dua yang sedang mengikuti kursus Kejuruteraan Elektrik di institusi berkenaan terlibat dalam kajian ini. Maklumat dari borang soal selidik telah dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa, pada keselurahannya pelajar-pelajar di kedua-dua institusi politeknik dan IKBN mempunyai kesedaran tentang pentingnya amalan keselamatan di makmal / bengkel dari peringkat awal lagi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan pelajar telah diberi pendedahan terhadap peraturan keselamatan. Kajian juga mendapati para pelajar telah mengamalkan peraturan keselamatan semasa melakukan kerja-kerja amali bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
ID Code:884
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:11 Apr 2011 12:35
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page