Analisis potensi dan pemetaan risiko tsunami di pantai barat semenanjung Malaysia menggunakan sistem maklumat geografi

Remali, Najihah (2016) Analisis potensi dan pemetaan risiko tsunami di pantai barat semenanjung Malaysia menggunakan sistem maklumat geografi. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
2358Kb

Abstract

Bencana tsunami di Lautan Hindi yang berlaku pada 26 Disember 2004 telah menimbulkan beberapa persoalan kepada ahli sains dan ahli politik mengenai cara dalam membuat penilaian seterusnya menangani risiko tsunami di kawasan persisiran pantai. Di dalam tesis ini, perisian Tsunami Display Program diaplikasikan bagi menghasilkan pemodelan tsunami dengan memberi tumpuan terhadap pembentukan tsunami, perambatan gelombang dan juga banjir bagi menentukan potensi bahaya tsunami disamping penempatan semula penduduk Pantai Barat Semenanjung Malaysia khususnya Kota Kuala Muda, Kedah. Tesis ini juga membincangkan cabaran dalam penilaian kerentanan tsunami dan membentangkan hasil pemetaan bencana tsunami. Analisis spatial dilakukan dengan menggunakan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi menentukan sempadan zon yang terjejas dan menentukan program pengurusan bencana yang sesuai bagi menangani masalah ini. Peta kerentanan tsunami digunakan bagi mengenalpasti zon bahaya dan zon selamat sekiranya berlaku bencana tsunami. Menerusi peta kerentanan tsunami ini, klasifikasi setiap zon ditentukan berdasarkan parameter seperti yang telah dikenalpasti seperti jarak, ketinggian, dan juga guna tanah bagi kawasan tersebut. Beberapa senario dan pendekatan telah dipertimbangkan dalam menghasilkan peta kerentanan tsunami iaitu faktor kemunasabahan, parameter yang mencetuskan tsunami, faktor ketinggian gelombang yang dihasilkan menerusi senario yang berbeza dan juga menganggarkan kadar risiko kawasan tersebut. Tesis ini menyediakan cara yang interaktif dalam mengenalpasti kawasan yang terjejas selepas bencana dan pemetaan kawasan berisiko bagi tujuan perancangan dan juga latihan pengurusan bencana pada masa akan datang.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
ID Code:8843
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:05 Feb 2017 15:57
Last Modified:05 Feb 2017 15:57

Repository Staff Only: item control page