Pelaksanaan program transisi kerjaya (PTK) murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) masalah pembelajaran (MP)

Mohd Nassir, Siti Nor Idayu (2016) Pelaksanaan program transisi kerjaya (PTK) murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) masalah pembelajaran (MP). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
590Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Masalah Pembelajaran (MP). Oleh yang demikian, kajian dijalankan bagi menjawab persoalan kajian tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI SMK Mawar, penglibatan industri dalam pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI SMK Mawar dan bagaimana PTK dengan penglibatan industri boleh menjadi panduan kepada pelaksanaan untuk MBPK MP. Kaedah kajian kualitatif dan strategi kajian kes telah digunakan untuk pengumpulan dan analisis data melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dengan memilih 6 orang peserta kajian yang bersesuaian. Dapatan kajian telah dapat mengenalpasti dan menjelaskan secara terperinci tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP dan merungkaikan cabarancabaran yang wujud sepanjang program tersebut dijalankan. Selain itu, hasil dapatan kajian berjaya merangka satu Kerangka Amalan Transisi Kerjaya MBPK MP sebagai panduan dalam pelaksanaannya. Dapatan kajian ini diharap boleh dijadikan panduan atau rujukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), pihak institusi pendidikan vokasional awam dan swasta, industri, keluarga dan MBPK MP untuk melaksanakan PTK dengan berkesan. Di samping itu, beberapa cadangan telah dibuat untuk rujukan pihak berkepentingan dan kajian lanjutan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
ID Code:8913
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:22 Feb 2017 18:00
Last Modified:22 Feb 2017 18:00

Repository Staff Only: item control page