Permodelan keupayaan tenaga serapan bagi tiub pelindung laga menggunakan kaedah unsur terhingga

Ismail, Mohd. Azizan (2016) Permodelan keupayaan tenaga serapan bagi tiub pelindung laga menggunakan kaedah unsur terhingga. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
10Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji prestasi penyerap tenaga dan kelakuan runtuhan pada pelindung laga apabila berlaku perlanggaran. Pelindung laga dapat mengurangkan tahap kecederaan kepada pemandu dan penumpang kenderaan semasa berlaku kemalangan. Berdasarkan kepada kajian lepas, kebanyakkan perbincangan dijalankan adalah dalam mampatan sepaksi. Namun, mampatan sipi kurang dibincangkan. Pada masa yang sama, kurang kajian pada tiub hibrid dalam struktur pelindung laga. Model simulasi tiub pelindung laga dibina dengan menggunakan unsur terhingga ANSYS/LS-DYNA dengan mampatan kuasi-statik. Tiub pelindung laga menggunakan keluli berketahanan tinggi sebagai lapisan dalam dan bahan komposit pada lapisan luar. Bahan komposit yang digunakan adalah e-kaca/epoksi dan karbon/epoksi. Perubahan mampatan nisbah sipi yang digunakan adalah 0.00, 0.25, 0.50 dan 0.75. Perubahan sudut susunan komposit yang terlibat adalah [+30º/-30º/+30º], [+45º/-45º/+45º] dan [+60º/-60º/+60º] dengan ketebalan lapisan 0.5, 0.8 dan 1.0 mm. Manakala, perubahan nisbah elips yang digunakan pada tiub keluli adalah 0.5, 0.7, 1.0, 1.3 dan 1.5. Selain itu, jenis sentuhan algoritma yang digunakan adalah "automatic surface to surface contact", "contact automatic single surface", "contact eroding single surface" dan "contact tiebreak surface to surface" pada jasad tegar, tiub keluli dan lapisan komposit. Kesan perubahan ketebalan, jenis dan sudut susunan lapisan komposit terhadap prestasi tenaga serapan dan kelakuan runtuhan beransur dipertimbangkan dalam kajian. Kajian ini menunjukkan tiub hibrid menghasilkan prestasi tenaga serapan yang lebih baik berbanding tiub keluli kosong. Selain itu, didapati jenis komposit karbon/epoksi menghasilkan keputusan yang lebih baik berbanding dengan komposit e-kaca/epoksi terhadap prestasi penyerapan tenaga.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
ID Code:8927
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:21 Feb 2017 11:24
Last Modified:21 Feb 2017 11:24

Repository Staff Only: item control page