Kecerdasan emosi guru pelatih berasaskan latihan di IPGM

Jemali, Mohd Ali and Esa, Ahmad (2016) Kecerdasan emosi guru pelatih berasaskan latihan di IPGM. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2016 . pp. 95-100.

[img]
Preview
PDF
1041Kb

Abstract

ABSTRAK Kertas Konsep ini membicarakan tentang indicator kecerdasan emosi yang merupakan elemen amat penting bagi seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kecerdasan emosi adalah kemampuan individu untuk memahami perasaan diri sendiri berempati terhadap perasaan orang lain yang mengatur emosi diri sendiri. Kecerdasan emosi sebagai satu set kemahiran yang terlibat dengan kebolehan untuk mengawasi perasaan diri, perasaan orang lain, membezakan antaranya dan menggunakan maklumat ini untuk membantu seseorang berfikir dan bertindak. Guru pelatih boleh menggunakan kecerdasan emosi dalam menjalani kehidupan seharian di IPGM. Guru pelatih perlu bersosial bersama rakan-rakan yang lain, menghadiri kuliah membuat tugasan sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Beberapa penyelidik menghadapi kecerdasan emosi memberi kesan terhadap pencapaian akademik. Selain itu,kecerdasan emosi yang tinggi dapat mempengaruhi penampilan guru pelatih seperti lebih sihat, Berjaya dalam akademik, mempunyai hubungan personal yang kuat dengan orang di sekelilingnya, lebih peka dalam menilai orang lain, mempunyai sikap empati yang tinggi terhadap orang lain dan cemerlang dalam kemahiran interpersonal. Oleh itu kecerdasan emosi perlu dikuasai oleh guru pelatih di IPGM untuk menikmati kehidupan seharian yang lebih baik. Selain itu, guru pelatih juga perlu menjalani latihan amali seperti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum dan intermship. Latihan amali ini menyediakan guru pelatih kepada pengalaman sebenar sebagai guru di sekolah. Guru pelatih akan terdedah kepada amali penyediaan buku rancangan mengajar harian, penyediaan soalan, menandai tugasan pelajar, melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan perkeranian, kawalan kelas pelajar dan menjadi guru ganti. Sekiranya guru pelatih kurang kecerdasan emosi, beberapa gejala seperti stress, gangguan emosi, memberontak dan kemarahan akan berlaku. Oleh itu hanya guru pelatih dengan kecerdasan emosi yang tinggi dapat melalui cabaran tersebut dengan baik. Kata Kunci: Guru Pelatih, Kecerdasan Emosi dan Latihan di IPGM.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:guru pelatih; kecerdasan emosi dan latihan di IPGM
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
ID Code:8930
Deposited By:Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Deposited On:22 Feb 2017 17:46
Last Modified:22 Feb 2017 17:46

Repository Staff Only: item control page