Tinjauan terhadap gaya pembelajaran di kalangan pelajar pelajar semester dua diploma pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Muhammad, Suzana (2003) Tinjauan terhadap gaya pembelajaran di kalangan pelajar pelajar semester dua diploma pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p SUZANA MUHAMMAD.pdf

Download (603kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
SUZANA MUHAMMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (285kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SUZANA MUHAMMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (24MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau gaya pembelajaran yang paling digemari di kalangan pelajar-pelajar semester dua Diploma Pemasaran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Objektif kaji selidik ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang paling digemari oleh pelajar bagi membolehkan ianya diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan empat gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Honey dan Munford iaitu Aktivis, Teoris, Reflektor dan Pragmatis. Seramai 36 orang responden dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk deskriptif dan kaedah kajian yang digunakan ialah borang soal selidik, untuk memperolehi data berkenaan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 10.0 untuk mendapatkan nilai skor min, sisihan piawai dan peratus. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar menyedari tentang gaya pembelajaran yang diamalkan dan dapatan kajian juga menunjukkan pelajar-pelajar lebih cenderung kepada gaya pembelajaran reflektor. Implikasi dapatan kajian diatas dibincangkan dalam bab V kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 20 Jun 2023 03:24
Last Modified: 20 Jun 2023 03:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9017

Actions (login required)

View Item View Item