Pembinaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) berbantukan komputer bagi mata pelajaran pengurusan perniagaan

Kodiron, Hadijah (2003) Pembinaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) berbantukan komputer bagi mata pelajaran pengurusan perniagaan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p HADIJAH KODIRON.pdf

Download (944kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
HADIJAH KODIRON COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (334kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
HADIJAH KODIRON WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (45MB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan dalam teknologi hari ini mempengaruhi setiap bidang dalam kehidupan. Begitu juga dalam bidang pendidikan. Selaras dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pembinaan ABBM berbantukan komputer bagi mata pelajaran Pengurusan Perniagaan di kalangan pelajar Diploma Akauntansi, Semester 3 di Politeknik Port Dickson. Kajian ini merangkumi empat aspek utama iaitu ABBM berbantukan komputer yang dibina dapat menarik minat, menambahkan kefahaman, meningkat motivasi dan penerimaan pelajar yang mengikuti proses P&P. Produk ini (ABBM berbantukan komputer) dibina dengan menggunakan 'Microsoft Powerpoint) versi XP. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada soal selidik yang telah dijalankan terhadap 37 orang responden yang dipilih daripada populasi. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan 'Statistical Packages for Social Sciences' (SPSS) versi 11.0 yang melibatkan skor min, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian ini, mendapati bahawa pembinaan ABBM berbantukan komputer dari ke empat aspek yang dikaji adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu, dari dapatan ini menunjukkan bahawa pembinaan ABBM berbantukan komputer ini dapat menarik minat, menambahkan kefahaman, meningkat motivasi dan diterima oleh pelajar. Pengkaji mencadangkan supaya ABBM berbantukan komputer ini dimurnikan ke dalam bentuk web untuk memudahkan para pengguna memperolehi maklumat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 25 Jun 2023 07:07
Last Modified: 25 Jun 2023 07:07
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9037

Actions (login required)

View Item View Item