Trait personaliti graduan wanita di Malaysian technical university (MTU) dalam pemilihan kerjaya

Che Ros, Farrah Syamimi (2016) Trait personaliti graduan wanita di Malaysian technical university (MTU) dalam pemilihan kerjaya. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1104Kb

Abstract

Pemilihan kerjaya memang sinonim dengan graduan tahun akhir ia boleh mempengaruhi masa depan individu dan juga boleh menimbulkan permasalahan terutamanya graduan wanita bidang kejuruteraan yang sukar mengimbangi antara minat dan keperluan industri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti trait personaliti kalangan graduan wanita di MTU dalam pemilihan kerjaya serta persepsi majikan mengenai kesesuaian personaliti tersebut di industri. Kajian menggunakan kaedah mod campuran melibatkan soal selidik dan temu bual sebagai instrumen. Responden terdiri daripada 297 orang graduan wanita Sarjana Muda tahun akhir yang mengikuti bidang kejuruteraan di UTHM dan UniMAP manakala temu bual dijalankan ke atas 4 orang majikan di zon utara dan selatan. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor min dan peratus bagi melihat personaliti yang dominan kalangan graduan wanita bidang kejuruteraan kedua-dua MTU terhadap pemilihan kerjaya dan keselariannya dengan kehendak majikan. Analisis secara inferensi menggunakan ujian-T Bebas untuk menentukan perbezaan trait personaliti kalangan graduan wanita bidang kejuruteraan kedua-dua MTU terhadap pemilihan kerjaya. Keputusan kajian mendapati personaliti paling dominan merupakan personaliti Sosial dan ianya tidak selari dengan permintaan majikan iaitu personaliti Realistik. Manakala, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti kalangan graduan wanita bidang kejuruteraan di UTHM dan UniMAP kecuali bagi personaliti Konvensional yang terdapat perbezaan yang signifikan. Secara keseluruhannya, graduan wanita bidang kejuruteraan perlu mempunyai personaliti yang selari dengan program yang diikuti mereka serta memenuhi kehendak firma atau industri yang bersesuaian. Oleh itu universiti perlu memantapkan dalam berkolaborasi dengan firma atau industri yang lebih besar untuk masa depan graduan wanita mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
ID Code:9053
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:17 Apr 2017 17:07
Last Modified:17 Apr 2017 17:07

Repository Staff Only: item control page