Gaya pembelajaran dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar teknikal

Ismail, Mohamad Shukri (2016) Gaya pembelajaran dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar teknikal. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
859Kb

Abstract

Dalam usaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran berfikir dengan lebih baik dan meningkatkan prestasi akademik mereka, gaya pembelajaran yang dicenderungi oleh pelajar harus dikenal pasti. Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis hubungan dan perbezaan gaya pembelajaran terhadap tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar teknikal. Seramai 307 pelajar teknikal yang sedang mengikuti program peringkat diploma dari tiga buah politeknik di Malaysia telah dipilih secara rawak sebagai sampel. Inventori Gaya Pembelajaran Kolb dan set soal selidik yang diadaptasi dari Rubrics for Specific Task or Situations Marzano telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan deskriptif berbentuk kuantitatif dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil dapatan menunjukkan gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar teknikal ialah Doer diikuti oleh gaya pembelajaran Feeler, Watcher dan Thinker. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar menguasai kemahiran membanding, mengklasifikasi, induksi, deduksi, analisis ralat, pembinaan sokongan, abstrak dan penganalisisan perspektif, kesemuanya berada pada tahap sederhana. Analisis ujian kolerasi Cramer V menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara empat Gaya Pembelajaran Kolb dengan lapan tahap KBAT Marzano. Selain itu, keputusan analisis ujian MANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keempat-empat jenis Gaya Pembelajaran Kolb ke atas kelapan-lapan KBAT Marzano. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa gaya pembelajaran yang berbeza tidak mempengaruhi tahap penguasaan KBAT dan pelajar berpeluang menguasai KBAT tanpa mengira gaya pembelajaran yang dicenderungi.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:9074
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:19 Apr 2017 16:43
Last Modified:19 Apr 2017 16:43

Repository Staff Only: item control page