Pelaksanaan pembelajaran melalui Curriculum Information Document Online System (CIDOS) dalam memperkasakan pengajaran pensyarah di politeknik

Makzin, Norfadzilah (2016) Pelaksanaan pembelajaran melalui Curriculum Information Document Online System (CIDOS) dalam memperkasakan pengajaran pensyarah di politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1107Kb

Abstract

Selaras dengan tuntutan Transformasi Politeknik sebagai peneraju Pendidikan Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET), perubahan dari segi kaedah e-pembelajaran berasaskan CIDOS diperkenalkan dalam kalangan pensyarah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembelajaran CIDOS di politeknik. Empat aspek utama yang dinilai dalam kajian iaitu aspek kesediaan, penggunaan, kemahuan dan cabaran yang dihadapi pensyarah dalam mengamalkan pembelajaran CIDOS. Kajian ini dilakukan ke atas pensyarah politeknik di Jabatan Kejuruteraan. Empat buah politeknik terlibat dalam kajian ini iaitu Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Kota Melaka, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah. Seramai 363 sampel terlibat dalam penyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dari soal selidik kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science. Hasil kajian menunjukkan tahap persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembelajaran CIDOS berada pada tahap sederhana dengan purata keseluruhan nilai skor min 3.50 (SD = 0.38). Dapatan kajian juga mendapati tahap kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dengan konsep e-pembelajaran CIDOS berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min 3.45 (SD = 0.52). Manakala bagi menguji kekuatan hubungan antara persepsi dengan kecenderungan pensyarah analisis Korelasi Pearson telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat terhadap tahap persepsi dengan kecenderungan pensyarah dalam menggunakan CIDOS dengan nilai korelasi sebanyak 0.730. Kesimpulannya, pensyarah perlu mempersiapkan diri bukan sahaja dengan persepsi yang baik, tetapi kecenderungan dan minat dalam melaksanakan pembelajaran CIDOS seterusnya dapat memperkasakan pengajaran pensyarah dalam bidang pendidikan yang kini makin mencabar.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Persepsi; kecenderungan pensyarah; e-pembelajaran CIDOS
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:9087
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:09 May 2017 15:34
Last Modified:09 May 2017 15:34

Repository Staff Only: item control page