Keberkesanan pembelajaran koperatif model Student Teams-Achievement Divisions (STAD) dalam fizik terhadap pencapaian pelajar

Ramli, Noraziah (2016) Keberkesanan pembelajaran koperatif model Student Teams-Achievement Divisions (STAD) dalam fizik terhadap pencapaian pelajar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
502Kb

Abstract

Selaras dengan pengaplikasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Fizik perlu diberikan perhatian bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam menyediakan mereka ke arah bidang teknikal dan kejuruteraan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif model Student Teams Achievement Divisions (STAD) dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik. Kajian ini juga turut melihat tahap kesesuaian pembelajaran koperatif model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik dari persepsi pelajar. Reka bentuk kajian ialah eksperimental sebenar dengan menggunakan set ujian pra, ujian pos dan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden terdiri daripada 52 orang pelajar Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Muar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesesuaian pembelajaran koperatif model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik berada di tahap tinggi dengan min skor ialah 3.93. Setelah ujian pra dijalankan, didapati bahawa tahap pencapaian pelajar dari kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berada di tahap rendah. Setelah intervensi dijalankan, tahap pencapaian pelajar dari kedua-dua kumpulan meningkat di mana kumpulan kawalan meningkat ke tahap sederhana dengan min skor 56.77 manakala kumpulan rawatan meningkat ke tahap baik dengan min skor 60.62. Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min pencapaian pelajar bagi kedua-dua kumpulan berdasarkan gain score. Ujian ANCOVA yang dijalankan juga mendapati bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan ujian pos dengan mengawal ujian pra. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:9102
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:09 May 2017 15:34
Last Modified:09 May 2017 15:34

Repository Staff Only: item control page