Perlaksanaan penilaian berterusan meningkatkan pencapaian akademik pelajar: satu kajian di Politeknik Johor Bahru

Sabidin, Farhana (2002) Perlaksanaan penilaian berterusan meningkatkan pencapaian akademik pelajar: satu kajian di Politeknik Johor Bahru. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p FARHANA SABIDIN.pdf

Download (744kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
FARHANA SABIDIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (209kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
FARHANA SABIDIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (27MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana perlaksanaan penilaian berterusan meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Objeh."1ifkajian adalah untuk mengetahui sejauhmana penilaian berterusan membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar, mengenalpasti teknik-teknik penilaian berterusan dan kekerapannya, meninjau kesan perlaksanaan penilaian berterusan terhadap pelajar serta melihat hubungan di antara kaedah penilaian berterusan dengan kesan perlaksanaan penilaian berterusan terhadap pelajar. Populasi kajian ini terdiri daripada 91 orang pelajar semester lima daripada empat kursus iaitu: Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan), Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Rekabentuk Grafik dan Diploma Fesyen dan Pakaian, Politeknik Johor Bahru. Data-data diperolehi melalui soalselidik. Kaedah deskriptif (kekerapan dan min) dan Korelasi Pearson telah digunakan untuk v menganalisis data.Dapatan kajian menunjukkan perlaksanaan penilaian berterusan benar-benar membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Manakala 8 kaedah penilaian berterusan yang utama di keempat-empat Jabatan berkenaan telah dikenalpasti iaitu: ujian bertulis, tugasan, projek, kuiz bertulis, laporan, amali di bengkel dan amali di makmal. Bagi aspek kesan perlaksanaan penilaian berterusan terhadap pelajar didapati kuiz diadakan untuk menguji kefahaman tentang sesuatu topik yang baru dipelajari, kaedah ujian memerlukan untuk mengulangkaji pelajaran yang telah diajar, projek dapat menggalakkan semangat bekeIjasama, meningkatkan kreativiti dan menambah pengalaman manakala amaIi di makmallbengkel memerlukan untuk membuat pemerhatian terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. Akhirnya didapati, hubungan yang kuat terdapat antara antara kaedah penilaian berterusan dengan perlaksanaan penilaian berterusan dan kesannya terhadap pelajar. PenyeIidik berharap agar kajian ini dapat membantu pihak Politeknik amnya dan pensyarah khususnya di dalam usaha untuk memperbaiki program penilaian berterusan sedia ada.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Jul 2023 02:37
Last Modified: 03 Jul 2023 02:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9116

Actions (login required)

View Item View Item