Penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa

Hamzah, Shahidah (2016) Penggunaan teknik bio maklumbalas bagi mengukur ciri-ciri disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa. PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang.

[img]
Preview
PDF
329Kb

Abstract

Kemerosotan nilai integriti dalam sesebuah negara boleh memberikan implikasi yang negatif kepada sosio ekonomi, budaya dan politik. Berdasarkan Pelan Integriti Nasional (2006), integriti adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Penyelidikan tentang integriti kebanyakannya menjurus kepada ujian psikometrik dan impak sosial namun begitu permasalahan integriti ini masih berlarutan sehingga kini (Mikulay dan Goffin, 1998). Kajian ini menggunakan teknik bio maklumbalas bagi mengukur elemen integriti dalam diri individu. Tujuan kajian ini ialah mengukur sub elemen integriti menggunakan teknik bio maklumbalas manakala objektif khusus kajian ini ialah meneroka profil integriti mahasiswa, membangunkan protokol bio maklumbalas, mengukur profil kadar kebolehubahan jantung (HRV) dan kitaran pernafasan dengan integriti serta menentukan hubungan antara HRV dan kitaran pernafasan dengan elemen integriti. Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu, kaedah kuantitatif dan kaedah klinikal. Subjek kajian bagi kaedah kuantitatif meliputi 148 orang responden yang dipilih melalui kaedah rawak sistematik manakala subjek kajian bagi kaedah klinikal meliputi 50 orang responden yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B berdasarkan pencapaian akademik. Para peserta telah diuji menggunakan protokol bio maklumbalas yang dibangunkan dimana terdapat lapan sesi kajian yang perlu dilalui oleh setiap peserta. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan sub elemen integriti mahasiswa iaitu mahasiswa yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang akan mempunyai sifat disiplin dan tanggungjawab yang tinggi dalam diri begitu juga sebaliknya. Dapatan kaedah klinikal pula mendapati responden yang memperoleh skor spektrum kuasa frekuensi rendah (LF) lebih tinggi skor spektrum kuasa frekuensi tinggi (HF) dan skor spektrum kuasa frekuensi sangat rendah (VLF) merupakan individu yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini menunjukkan teknik bio maklumbalas merupakan salah satu kaedah pengukuran integriti yang berkesan dan boleh digunapakai serta boleh menjadi terapi dari aspek penambahbaikan diri sekiranya aktiviti-aktiviti yang meningkatkan nilai disiplin dan tanggungjawab mahasiswa bagi meningkatkan nilai integriti individu.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
ID Code:9231
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:20 Aug 2017 09:59
Last Modified:20 Aug 2017 09:59

Repository Staff Only: item control page