Kerangka konsep penglibatan politeknik dan industri dalam mengaplikasikan pembelajaran berasaskan kerja (PBK)

Ismail, Syamhanim and Mohamad, Mimi Mohaffyza (2017) Kerangka konsep penglibatan politeknik dan industri dalam mengaplikasikan pembelajaran berasaskan kerja (PBK). Sains Humanika, 9 (1-5). pp. 77-86. ISSN 22896996

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.sainshumanika.utm.my/index.php/sainshum...

Abstract

Kertas konsep ini membincangkan tentang kerangka konsep kajian kualitatif berbentuk kajian kes dengan menunjukkan input-proses-output kajian dengan lebih terperinci dalam mencapai matlamat untuk membangunkan kerangka Pembelajaran berasaskan kerja (PBK) yang sesuai diaplikasikan di Politeknik dan industri melalui data yang akan diperolehi hasil penerokaan daripada mereka yang berpengalaman dalam penglibatan PBK di Politeknik dan industri. Kertas konsep ini akan menerangkan secara terperinci segala proses yang terlibat dalam proses input kajian menerusi model-model PBK dan teori PBK. Proses kajian pula perlu melalui beberapa fasa seperti kaedah temubual untuk menjawab segala persoalan kajian dan juga beberapa faktor yang akan ditemui sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, output kajian akan direka bentuk hasil daripada penemuan kajian dan kerangka PBK yang sesuai akan dibangunkan. Pada asasnya kerangka hasil kajian ini dibangunkan adalah untuk mengetahui dan mengatasi serta menggariskan masalah yang dihadapi oleh Politeknik dan pihak industri dari sudut hubungan dua-hala dalam menjalinkan hubungan kerjasama untuk penglibatan pelajar dan institusi dalam PBK.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembelajaran berasaskan kerja; politeknik; industri; kerjasama
Subjects:T Technology > T61-173 Technical education. Technical schools
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
ID Code:9365
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:13 Aug 2018 11:16
Last Modified:13 Aug 2018 11:16

Repository Staff Only: item control page