Kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO

Gindan, Sylvester (2001) Kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO. Masters thesis, Institut Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
3699Kb

Abstract

Kajian kes ini dijalankan untuk mengenai pasti faktor dalaman utama yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO. Faktor-faktor dalaman yang dimaksudkan ialah sikap dan minat; pendedahan dan kemahiran; dan beban tugas. Kaedah soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data kajian. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pensyarah dan pengajar yang berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, KUiTTHO. Jumlah responden yang terlibat ialah seramai 111 orang iaitu 51 orang atau 45.9% dari Fakulti Kejuruteraan dan 60 orang atau 54.1% dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan. Data kajian telah dianalisis menggunakan pakej perisian komputer SPSS versi 10.0. Ketiga-tiga faktor dalaman yang dikaji diinterpretasikan berdasarkan nilai min. Hasil kajian ini mendapati faktor sikap dan minat merupakan faktor utama yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:945
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:19 Apr 2011 10:19
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page