Penggunaan simulator sebagai penjana kemahiran asas kimpalan di kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal

Jamak, Zulkarnain (2003) Penggunaan simulator sebagai penjana kemahiran asas kimpalan di kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p ZULKARNAIN JAMAK.pdf

Download (648kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
ZULKARNAIN JAMAK COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (281kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ZULKARNAIN JAMAK WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (18MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji halangan para pelajar baru di dalam menjana kemahiran asas kimpalan, dan mengenalpasti kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran berbantu peralatan simulator kimpalan dalam menjana kemahiran asas kimpalan dan persepsi pelajar tersebut. Kajian ini adalah secara penilaian dan instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Seramai 30 orang pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal tahun 1 semester 1 dipilih secara rawak sebagai sampel untuk menjawab soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Sciene Series (SPSS) versi 10.0 secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden amat bersetuju bahawa wujudnya halangan di dalam menjana kemahiran asas kimpalan serta mengakui kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbantu peralatan simulator kimpalan dalam menjana kemahiran asas kimpalan, tetapi persepsi para pelajar terhadap proses P&P berbantu simulator pada tahap yang sederhana. Adalah diharapkan kajian ini akan dapat membantu para pensyarah dan pelajar di dalam usaha untuk meluaskan lagi proses P&P berbantukan peralatan simulator kimpalan di dalam menjana kemahiran asas kimpalan para pelajar baru.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 Aug 2023 03:45
Last Modified: 02 Aug 2023 03:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9524

Actions (login required)

View Item View Item