Kerangka karakter kreativiti dan kaedah pengajaran di Sekolah Menengah Pertama Kota Batam

Said Hamid, Syarifah Normawati (2020) Kerangka karakter kreativiti dan kaedah pengajaran di Sekolah Menengah Pertama Kota Batam. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SYARIFAH NORMAWATI.pdf

Download (3MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SYARIFAH NORMAWATI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SYARIFAH NORMAWATI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Pendidikan karakter kreativiti perlu digalakan pada Sekolah Menengah, kerana karakter yang rendah akan menghasilkan kerjaya yang lemah dalam menghadapi cabaran semasa. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kerangka karakter kreativiti dan kaedah pengajaran di Sekolah Menengah Pertama di Batam. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Kaedah Exploratory Sequential. Terdapat dua fasa bagi proses mencari dapatan komponen dan kaedah karakter kreativiti dalam pengajaran. Fasa pertama dijalankan melalui pendekatan kualitatif menggunakan pendekatan teknik Delphi yang melibatkan 10 pakar pendidikan karakter kreativiti dan kaedah pengajaran. Selepas memperolehi keputusan dari delphi pertama, delphi kedua dilakukan dalam merumuskan komponen karakter kreativiti dan kaedah pengajaran. Tahap kedua dilakukan dengan kaedah kuantitatif yang bertujuan untuk menguji hasil kajian kualitatif dengan mengajukan soalan kepada guru di Sekolah Menengah Batam. Sejumlah 150 guru terlibat dalam menguji komponen kreativiti dan kaedah pengajaran karakter kreativiti, yang melibatkan analisis data menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS), kemudian menguji model dengan Analisis Struktur Moment (AMOS) untuk melaksanakan pemodelan persamaan struktur (SEM) yang mengesahkan hubungan antara komponen kreativiti guru dan kaedah pengajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara komponen kreativiti iaitu rasa ingin tahu, aktif, teliti dan sabar dengan kaedah pengajaran case study, andragogi, jigsaw, diskusi, debat dan cooperative skrip. Melalui kerangka model ini, diharapkan guru dapat mencirikan pengajaran yang tepat dengan menggunakan komponen karakter kreativiti dan kaedah pengajaran di Sekolah Menengah Pertama Kota Batam.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 09 Sep 2021 06:48
Last Modified: 09 Sep 2021 06:48
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/954

Actions (login required)

View Item View Item