Kesesuaian modul pembelajaran elektronik matapelajaran teknologi pembuatan perabot (DTC 3202) di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, KUiTTHO

Khalid, Hasmawi (2003) Kesesuaian modul pembelajaran elektronik matapelajaran teknologi pembuatan perabot (DTC 3202) di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1308Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesesuaian Modul Pembelajaran Elektronik (MPE) matapelajaran Teknologj Pembuatan Perabot (DTC 3202) di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, KUiTTHO. MPE yang dihasilkan adalah dalam bentuk cakera padat (CD) interaktif. Instrumen kajian yang digunakan ialah kaedah soal selidik dimana pemilihan sampel dilakukan secara rawak dan setiap individu dalam populasi tersebut mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih. Seramai 30 responden yang terdiri daripada pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Awam yang mengambil matapelajaran Teknologj Pembuatan Perabot dipilih secara rawak bagi menjawab soal selidik . Data dianalisis menggunakan SPSS versi 10.0 secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan responden memberikan respon positif atau bersetuju bahawa motivasi, rekabentuk interaksi, kefahaman isi dan keselesaan pengguna yang terkandung dalam MPE ini adalah sesuai manakala responden mempunyai kecenderungan menyatakan bahawa rekabentuk antaramuka berada pada tahap kurang sesuai. Di bahagian akhir kajian ini beberapa cadangan yang difikirkan sesuai telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan yang dikesan pada MPE tersebut. Adalah diharapkan pelajar-pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Awam yang mengambil matapelajaran Teknologi Pembuatan Perabot dapat memanfaatkan MPE ini dengan baik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:957
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 12:14
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page