Ciri-ciri sistem perisian perakaunan yang diperlukan oleh pihak industri

Mohamad Hassan, Hasmida (2001) Ciri-ciri sistem perisian perakaunan yang diperlukan oleh pihak industri. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p HASMIDA MOHAMAD HASSAN.pdf

Download (972kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
HASMIDA MOHAMAD HASSAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (331kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
HASMIDA MOHAMAD HASSAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Dalam era teknologi maklumat dan globalisasi, penggunaan sistem perisian perakaunan yang berkesan untuk memproses data dan maklumat kewangan menjadi keperluan utama semua pihak. Kajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri sistem perisian perakaunan yang diperlukan oleh pihak industri. Empat ciri perisian yang disenaraikan dalam skop kajian ialah modul perakaunan bersepadu, 'customization', bentuk pelaporan dan jejak audit. Sejumlah 23 syarikat yang beroperasi di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Setiap daripada syarikat terbabit mewakilkan eksekutif akaun yang mengendali sistem perisian perakaunan bagi menjawab soalan menerusi borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah peratusan dan skor min. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa ciri perisian perakaunan yang amat diperlukan oleh pihak industri ialahjejak audit dan modul perakaunan bersepadu, manakala ciri 'customization' dan bentuk pelaporan pula merupakan keperluan biasa. Beberapa cadangan dikemukakan di akhir laporan bagi meningkatkan kepenggunaan dan pembangunan sistem peri sian perakaunan yang lebih mantap

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 13 Sep 2023 07:25
Last Modified: 13 Sep 2023 07:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9848

Actions (login required)

View Item View Item