Penggunaan instruksional teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) terhadap mata pelajaran teras

Jafri, Fatimah (2017) Penggunaan instruksional teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) terhadap mata pelajaran teras. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
1165Kb

Abstract

Penggunaan instruksional Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21. Penggunaan TMK adalah tidak terhad kepada sesuatu mata pelajaran sahaja, sebaliknya kepada semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras dari tiga aspek utama iaitu tahap kemahiran, tahap amalan dan tahap sikap guru. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data di proses menggunakan Statistical Package for Social Science versi 21.0 (SPSS) dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk peratusan, min, sisihan piawai dan Ujian ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras dari ketiga-tiga aspek berada pada tahap sederhana iaitu tahap kemahiran (skor min 3.31), tahap amalan (skor min 2.87) dan tahap sikap (skor min 3.35). Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran (p>0.05=0.224), tahap amalan (p>0.05=0.911) dan tahap sikap (p>0.05=0.681) guru dalam penggunaan instruksional TMK terhadap mata pelajaran teras. Secara keseluruhannya, guru-guru seharusnya sedar bahawa penggunaan instruksional TMK adalah penting dan dapat memberi kemudahan dalam melaksanakan tugas selain mempertingkatkan motivasi serta tahap pencapaian pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:9887
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:27 Mar 2018 12:04
Last Modified:27 Mar 2018 12:04

Repository Staff Only: item control page