Motivasi penglibatan pelajar UTHM terhadap aktiviti kesukarelawan

Abdullah, Rosmahalil Azrol (2017) Motivasi penglibatan pelajar UTHM terhadap aktiviti kesukarelawan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
1440Kb

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji motivasi penglibatan pelajar terhadap akiviti kesukarelawan. Kajian ini melibatkan 399 orang responden dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik adaptasi daripada Teori Fungsi Katz (1960) dan diubahsuai berdasarkan Volunteer Function Inventory (VFI) yang dibentuk oleh Clary. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Dapatan dianalisis melalui komputer menggunakan perisian IBM SPSS Statistics (Statistical Packages for Social Sciences) Version 22.0 for Windows bagi mendapatkan jumlah peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Kajian rintis telah dijalankan dan didapati nilai Alpha Cronbach adalah 0.835. Hasil kajian mendapati fungsi pemahaman (min=5.41) paling dominan mempengaruhi persepsi responden terhadap aktiviti kesukarelawan. Walaupun terdapat perbezaan min bagi pelajar lelaki dan perempuan, tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina untuk kesemua fungsi motivasi. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perkaitan di antara tahun pengajian dengan fungsi motivasi. Namun, dapatan kajian mendapati terdapat hubungan positif yang rendah antara fungsi motivasi dengan pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk meningkatkan lagi penghayatan dan kelestarian dalam aktiviti kesukarelawan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
ID Code:9888
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:27 Mar 2018 12:03
Last Modified:27 Mar 2018 12:03

Repository Staff Only: item control page