Izam, Saslizawati (2016) Kemahiran kebolehkerjaan pelajar SMPK Vokasional Indahpura bermasalah pembelajaran. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Text
24p SAFIZA ALFIAN YUSOF.pdf Download (15MB) |
|
Text (Copyright Declaration)
SAFIZA ALFIAN YUSOF COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
SAFIZA ALFIAN YUSOF WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (123MB) | Request a copy |
Abstract
Pengangguran dalam kalangan pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran dilihat semakin meruncing di Malaysia. Kemahiran kebolehkerjaan mereka sering dipertikai oleh segenap lapisan masyarakat dan dianggap tidak dapat bekerja dengan efisien. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kemahiran kebolehkerjaan pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional lndahpura bermasalah pembelajaran. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini melibatkan 60 orang pelajar tahun 2 Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura bermasalah pembelajaran. Satu set soal selidik yang diadaptasi dan diubah suai daripada Secretary's Commission on Achieving Necessa,y Skills (SCANS) bagi mengkaji kemahiran kebolehkerjaan dan The General Self-Efficacy Scale (GSE) bagi mengkaji efikasi kendiri.telah digunakan sebagai instrumen kajian ini.Analisis statistik data yang diperoleh melibatkan.frekuensi, skor min, sisihan piawai, peratus, ujian T, ANOV A sehala dan korelasi Pearson menggunakan Statistical Package for Social Science Version 19.0(SPSS 19). Hasil kajian menunjukkan kemahiran kebolehkerjaan dan efikasi kendiri pelajar berada pada tahap sederhana. Terdapat perbezaan kemahiran kebolehkerjaan pelajar dari segi kursus yang diikuti. Namun, tidak terdapat terdapat perbezaan kemahiran kebolehkerjaan pelajar dari segi tempoh transisi kerjaya. Kajian ini mengenal pasti bahawa wujud hubungan positif yang kuat antara efikasi kendiri dengan kemahiran kebolehkerjaan pelajar. Kesimpulannya, pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran perlu meningkatkan kemahiran kebolehkerjaan dengan melibatkan diri secara berterusan dalam program-program keusahawanan, kemasyarakatan, kursus-kursus peningkatan kualiti diri serta menjalani praktikal di agensi-agensi berkaitan bagi melahirkan individu yang berguna, berdaya saing dan mampu menabur bakti kepada negara
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 13 Sep 2023 07:34 |
Last Modified: | 13 Sep 2023 07:34 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9984 |
Actions (login required)
View Item |