Kajian kecacatan di Taman Putera Indah, Batu Pahat, Johor

Md Saleh, Shahidah (2019) Kajian kecacatan di Taman Putera Indah, Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SHAHIDAH MD SALEH.pdf

Download (3MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SHAHIDAH MD SALEH COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SHAHIDAH MD SALEH WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kediaman baru bebas kecacatan berkait dengan kepuasan pembeli terhadap pelaburan mereka. Malang sekali, rintihan ketidakpuasan hati pembeli terhadap kualiti rumah semasa penerimaan kunci dan sepanjang tempoh kependudukan sering didengari mestipun perkembangan teknologi pembinaan telah memakan masa berdekad-dekat lamanya. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti jenis kecacatan yang dihadapi oleh para pembeli semasa proses penyerahan kunci rumah seterusnya mengenalpasti punca kecacatan ini terjadi dari sudut pandang pengurusan pembinaan. Bagi mencapai objektif, kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif dijalankan di Taman Putera Indah, Batu Pahat, Johor. Bagi mengenalpasti jenis kecacatan yang dialami oleh pembeli, sebanyak 141 borang kaji selidik diedarkan kepada pembeli kediaman baru dan kajian menerima 57 borang yang lengkap untuk dianalisa. Manakala, 7 responden yang terdiri daripada pemaju, konsultan dan kontraktor ditemubual bagi mengenalpasti punca yang mempengaruhi kecacatan ini terjadi. Hasil kajian mendapati masalah utama kecacatan yang dihadapi oleh pembeli unit kediaman di kawasan kajian ialah keadaan rumah yang kotor semasa penyerahan kunci, terdapat retakan pada struktur dinding, keadaan permukaan lantai tidak sama rata dan terdapat kesalahan pada kecerunan lantai, siling rumah bocor, pintu dan tingkap mengeluarkan bunyi berderet apabila dibuka dan ditutup, dan pemasangan kelengkapan rumah tidak kemas selain kelengkapan tersebut tidak berfungsi dan hilang aksesorinya. Selain itu, kajian telah menemukan dapatan baru punca kecacatan mungkin terjadi iaitu lokasi perumahan yang berdekatan dengan pembinaan yang sedang berjalan. Diharapkan hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan oleh semua pihak.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH3301-3411 Maintenance and repair
T Technology > TX Home economics > TX301-339 The house. Including arrangement, care, servants
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Sep 2021 06:13
Last Modified: 30 Sep 2021 06:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1171

Actions (login required)

View Item View Item