Tahap keruntuhan akhlak remaja: kajian kes UTHM Pagoh

Kirin, Arwansyah (2024) Tahap keruntuhan akhlak remaja: kajian kes UTHM Pagoh. In: HUMAN SUSTAINABLE PROCEDIA.

[img] Text
P16874_a2379f44720006835d9f73455482e457.pdf 9.pdf

Download (629kB)

Abstract

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja bukan suatu perkara yang baru dalam masyarakat kita pada masa kini. Terdapat pelbagai kes yang telah berlaku di negara kita seperti masalah lumba haram, buang bayi, merokok dan melayari video lucah, hal ini kerana kurangnya didikan agama daripada orang tua, pengaruh media masa dan orang sekeliling serta niat ingin mencuba sesuatu yang baru. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar UTHM Pagoh. Metodologi yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif dengan analisis deskriptif iaitu menggunakan platform “Google Form” yang disebarkan melalui Whatsapp, Instagram, Telegram dan sebagainya. Jumlah responden yang telah berjaya dikumpul adalah seramai 157 pelajar UTHM Pagoh. Kajian ini mendapati bahawa tahap keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar UTHM Pagoh berada pada tahap rendah ertinya akhlak yang baik dan mulia masih ramai tertanam dalam jiwa pelajar sama ada lelaki mahupun perempuan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Keruntuhan akhlak, pelajar, UTHM, Pagoh
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: Center for General Studies and Co -curricular > Department of Islamic Studies
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 27 Nov 2024 08:04
Last Modified: 27 Nov 2024 08:07
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/12091

Actions (login required)

View Item View Item