Tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya

Ahmad Bakri, Hafizah (2013) Tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p HAFIZAH AHMAD BAKRI.pdf

Download (354kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
HAFIZAH AHMAD BAKRI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (303kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
HAFIZAH AHMAD BAKRI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB) | Request a copy

Abstract

Kesediaan kerjaya mempunyai kaitan rapat dengan kebimbangan kerjaya kerana dapat mempengaruhi keputusan berkaitan kerjaya masa depan individu dan boleh mewujudkan masalah terutamanya pelajar universiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya. Kajian berbentuk tinjauan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Responden terdiri daripada 181 orang pelajar wanita Sarjana Muda yang mengikuti bidang kejuruteraan di UTHM. Tiga fakulti yang dipilih ialah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), dan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS). Data kualitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor min dan peratus bagi melihat tahap dan punca kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya. Analisis secara inferensi menggunakan ujian ANOVA sehala untuk menentukan kewujudan perbezaan tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya berdasarkan fakulti. Dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya berada pada tahap sederhana dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya berdasarkan fakulti. Secara keseluruhannya, kelayakan akademik menjadi punca utama kebimbangan pelajar wanita bidang kejuruteraan terhadap peluang kerjaya

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 12 Oct 2021 04:33
Last Modified: 12 Oct 2021 04:33
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1906

Actions (login required)

View Item View Item