Kajian keberkesanan olahan larut lesapan menggunakan elektrod aluminum dan ferum dalam sistem elektro-penggumpalan

Yahaya, Izat (2013) Kajian keberkesanan olahan larut lesapan menggunakan elektrod aluminum dan ferum dalam sistem elektro-penggumpalan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p IZAT YAHAYA.pdf

Download (623kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
IZAT YAHAYA COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (127kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
IZAT YAHAYA WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Elektro-pengumpalan merupakan satu kaedah alternatif yang kompetatif selain daripada kaedah konvesional bagi merawat air sisa terutamanya larut lesapan yang mempunyai struktur bahan pencemar yang kompleks dan tinggi. Kajian keberkesanan elekto-penggumpalan telahpun dijalankan bagi menentukan keberkesanan sistem ini beroperasi. Objektif utama kajian ini adalah bagi mengkaji keberkesanan dan potensi sistem beroperasi dengan menggunakan empat jenis susunan elektrod, Fe-Fe, Al-Al, Fe dan aluminum sulfat di samping penentuan nilai optimum ketumpatan arus elektrik, jarak antara elektrod, masa tindakbalas, pH, masa enapan dan aluminum sulfat. Penggunaan CILAS Analyzer digunakan bagi menentukan saiz flok di setiap penentuan optimum yang diperolehi. Sebanyak 750 liter sampel larut lesapan diambil pada awal bulan Disember 2010 - Januari 2011. Pengujian awalan BOD, COD, pepejal terampai, nitrogen ammonia, warna dan kekeruhan turut diuji terhadap sampel mentah yang diperolehi. Reaktor kaca bersaiz 300mm x 80mm x 200mm (4 L sampel) dengan luas berkesan elektrod penggumpal, 60 sm + - + - -Al , Al -Fe 2 digunakan di samping ujian penyingkiran parameter seperti COD, pepejal terampai, nitrogen ammonia warna dan kekeruhan turut diuji di dalam kajian ini. Hasil keseluruhan kajian mendapati bahawa penggunaan elektrod Al-Al memberikan peratus penyingkiran tertinggi di mana penentuan optimum yang diperolehi bagi ketumpatan arus elektrik adalah 0.025 amp/sm , jarak antara elektrod, 10 cm, masa tindakbalas, 60 minit, pH 5 dan masa enapan, 30 minit. Peratus penyingkiran yang diperolehi bagi COD, pepejal terampai, nitrogen ammonia, warna dan kekeruhan adalah 82.5%, 94.7%, 65.6%, 91% and 90.6%. Percampuran aluminum sulfat terhadap penggunaan elektrod Al-Al memberikan dos optimum sebanyak 1500 mg/l di mana penyingkiran tertinggi yang diperolehi bagi COD, pepejal terampai, nitrogen ammonia, warna dan kekeruhan adalah 84.2%, 81%, 80.3%, 75% and 81.1%. Kesimpulanya, penggunaan elektrod Al-Al dicadangkan, di mana sedikit pra olahan perlu dilakukan bagi menepati piawaian yang dibenarkan oleh Standard Malaysia bagi tahap lepasan larut lesapan. Katakunci: air sisa domestik; Elektro-pengumpalan; larut lesapan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK5101-6720 Telecommunication. Including telegraphy, telephone, radio, radar, television
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Structural and Materials Engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 12 Oct 2021 04:40
Last Modified: 12 Oct 2021 04:40
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1924

Actions (login required)

View Item View Item