Keberkesanan mengkudu (morinda citrifolia) dan mikroorganisma efektif terhadap prestasi ayam pedaging bagi mencapai konteks perniagaan hijau dalam industri ternakan ayam di Malaysia

Md Salleh, Md Zakir (2012) Keberkesanan mengkudu (morinda citrifolia) dan mikroorganisma efektif terhadap prestasi ayam pedaging bagi mencapai konteks perniagaan hijau dalam industri ternakan ayam di Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MD ZAKIR MD SALLEH.pdf

Download (656kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MD ZAKIR MD SALLEH COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (421kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MD ZAKIR MD SALLEH WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kebimbangan terhadap produk ayam pedaging akibat penggunaan antibiotik telah mendorong satu penyelidikan bagi menghasilkan ayam bebas antibiotik. Penyelidikan ini adalah mengenai keberkesanan penggunaan kombinasi mikroorganisma efektif (EM) dan mengkudu (Morinda citrifolia) iaitu EMM, terhadap ayam pedaging. Objektif penyelidikan adalah mengkaji keberkesanan produk EMM terhadap kadar tumbesaran, kematian dan kesan penggunaannya dari aspek kos penternakan ayam. Terdapat 5 perlakuan : EMM50, EMM100, EMM200, EM dan Kawalan. Hasil kajian mendapati pertumbuhan ayam bagi kesemua perlakuan adalah positif. Berat ayam sampel pada hari ke 33 menjulat dari 1652.62±138.67g (EMM50) hingga 1708.26±133.70g (Kawalan), sementara bagi EMM100, EMM200 dan EM adalah 1605.29±128.84g, 1562.27±128.84g dan 1623.63±203.04g masing-masing. Perbandingan kadar tumbesaran melalui analisis t-berpasangan, menunjukkan pertumbuhan bagi kesemua perlakuan berbeza secara signifikan (p<0.05). Contohnya, perbandingan antara perlakuan EMM50 dengan Kawalan, nilai t=7.525; p<0.05. Perbezaan berat purata terkecil ialah antara EMM50 dengan Kawalan iaitu 55.63g. Perbezaan terbesar adalah antara EMM200 dengan Kawalan iaitu 145.90g. Bagi kadar kematian pula perlakuan EMM200 menunjukkan kematian tertinggi iaitu 14 ekor (9.3%) sedangkan Kawalan tiada kematian (0%). Bagi perlakuan EMM50, EMM100 dan EM mencatat jumlah kematian yang sama iaitu 10 ekor (6.67%) masing-masing. Mengambil kira faktor boleh ubah seperti kos antibiotik, EM dan EMM maka kos penternakan terendah pada hari ke 33 adalah bagi perlakuan EMM50 iaitu RM5.55 seekor berbanding Kawalan iaitu RM5.61, EM (RM5.68), EMM100 (RM5.91) dan EMM200 (RM6.62). Berdasarkan berat purata ayam dalam perlakuan Kawalan dan harga jualan lazim (RM3.80/kg) maka unjuran hasil jualan bagi ayam dalam kajian ini adalah RM6.49/seekor. Harga pasaran lazim bagi ayam organik ialah RM5.40/kg. Dengan perlakuan EMM50, EMM100, EMM20 dan EM, diandaikan ayam ini juga boleh dijual dengan harga ayam organik, yang mana unjuran hasil jualan dalam kajian ini menjulat dari RM8.44 (EMM200) hingga RM8.92 (EMM50). Manakala bagi EMM100, unjuran harga jualan ialah RM8.67; bagi EM, RM8.77 seekor. Produk EMM ini berupaya menghasilkan satu dimensi baru dalam industri penternakan iaitu produk penternakan hijau di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
S Agriculture > SF Animal culture > SF481 -507 Poultry. Eggs
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 14 Oct 2021 05:42
Last Modified: 14 Oct 2021 05:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1940

Actions (login required)

View Item View Item