Tinjauan terhadap amalan keselamatan dalam kalangan pelajar dan pensyarah di makmal kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Ishak, Siti Hajjar (2013) Tinjauan terhadap amalan keselamatan dalam kalangan pelajar dan pensyarah di makmal kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SITI HAJJAR ISHAK.pdf

Download (399kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SITI HAJJAR ISHAK COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (135kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SITI HAJJAR ISHAK WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Keselamatan merupakan aspek yang paling penting dalam pengendalian makmal. Kebanyakan kemalangan yang biasa berlaku di dalam makmal adalah disebabkan oleh kecuaian dan ini dapat diatasi sekiranya pengguna sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati. Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan keselamatan yang merangkumi aspek keselamatan diri, peralatan dan persekitaran tempat kerja dan mengenalpasti hubungan setiap aspek keselamatan yang dikaji dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang diedarkan kepada pelajar dan pensyarah dan juga temubual separa formal yang digunakan sebagai sokongan kepada hasil dapatan. Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 242 orang pelajar dan 50 orang pensyarah yang sedang melakukan ujikaji di dalam makmal kejuruteraan UTHM dan dipilih secara tidak rawak bertujuan. Dapatan data analisis adalah menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu min, kekerapan, peratusan dan kolerasi Pearson (r) dengan menggunakan perisian SPSS. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar dan pensyarah melaksanakan dan mengamalkan keselamatan di dalam makmal kejuruteraan dengan baik. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan di antara ketiga-tiga aspek yang dikaji adalah responden pelajar lebih tinggi berbanding pensyarah. Berdasarkan dapatan yang telah diperolehi, diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan beberapa cadangan telah diusulkan bagi kajian lanjutan bagi meningkatkan mutu keselamatan di dalam makmal kejuruteraan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 31 Oct 2021 02:34
Last Modified: 31 Oct 2021 02:34
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2125

Actions (login required)

View Item View Item