Persepsi pelajar Diploma Akauntansi terhadap program latihan industri: tinjauan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah Darul Aman

Musa, Laila (2001) Persepsi pelajar Diploma Akauntansi terhadap program latihan industri: tinjauan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah Darul Aman. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
LAILA MUSA - 24p.pdf

Download (4MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
LAILA MUSA - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (737kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
LAILA MUSA - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB) | Request a copy

Abstract

Latihan industri merupakan suatu program yang bermanfaat dan merupakan sebahagian daripada kurikulum peringkat pengajian sijil dan diploma di Politeknikpoliteknik Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar Diploma Akauntansi dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra terhadap program latihan industri. Responden adalah terdiri daripada 92 orang pelajar tahun akhir yang telah menjalani latihan industri semasa semester keempat. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumat dan program SPSS 10.0 for Windows (Statistical Package for the Social Science version 10.0) digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Kaedah kuantitatif telah digunakan bagi melaksanakan objektif kajian yang telah ditentukan. Dengan demikian, statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis dapatan persepsi responden terhadap program latihan industri. Hasil kajian melaporkan dapatan yang diperolehi berkenaan keberkesanan dan sumbangan program latihan industri. Semua responden mempunyai persepsi yang positif terhadap program berkenaan. Lima perkara yang dibincangkan berkenaan keberkesanan dan sumbangan latihan industri terhadap pelajar perakaunan ialah (a) memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekeijaan sebenar; (b) menghubungkan teori kepada praktis; (c) membina kemahiran kepada pelajar dari segi kemahiran sosial, interpersonal dan teknikal; (d) menambahkan pengetahuan pelajar dan mempengaruhi pembelajaran mereka; dan (e) mempengaruhi keyakinan pelajar dari segi kebolehan diri dan mengesahkan kursus perakaunan adalah pilihan yang betul.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1051-1072 Professional education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 02 Nov 2021 03:22
Last Modified: 02 Nov 2021 03:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2394

Actions (login required)

View Item View Item