Perkaitan di antara status sosioekonomi keluarga dengan Pencapaian akademik pelajar aliran teknikal

Awang, Roslan (2001) Perkaitan di antara status sosioekonomi keluarga dengan Pencapaian akademik pelajar aliran teknikal. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
ROSLAN AWANG - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
ROSLAN AWANG - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (752kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ROSLAN AWANG - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Selain daripada mengendalikan fungsi pendidikan, sekolah juga diberikan peranan bagi menyediakan tenaga mahir untuk memenuhi keperluan ekonomi negara. Sekolah aliran teknikal dilihat sebagai satu institusi khusus yang memainkan peranan tersebut. Namun begitu, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar aliran teknikal ini. Tahap sosioekonomi keluarga telah dikenalpasti antara faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan perkaitan di antara tahap sosioekonomi keluarga seperti tahap pendidikan bapa, jumlah pendapatan dan saiz keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar. Sampel kajian ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang menetap di asrama Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu. Pelajar ini dipilih kerana mereka mendapat kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang sama. Seramai 80 orang pelajar dalam jurusan teknikal dipilih secara rawak mudah. Keputusan kajian mendapati bahawa hanya saiz keluarga mempunyai korelasi yang tinggi berbanding tahap pencapaian akademik bapa dan jumlah pendapatan keluarga. Ini menunjukkan bahawa faktor saiz keluarga memberikan impak secara langsung kepada pencapaian pelajar walaupun mereka menetap di asrama yang menyediakan suasana dan kemudahan yang sama.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education > LC189-214.53 Educational sociology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 01 Nov 2021 01:01
Last Modified: 01 Nov 2021 01:01
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2429

Actions (login required)

View Item View Item