Amalan komunikasi berkesan antara ketua jabatan dengan staf akademik di politeknik semenanjung Malaysia : satu kajian

Mohd Yusof, Nor Zalina (2003) Amalan komunikasi berkesan antara ketua jabatan dengan staf akademik di politeknik semenanjung Malaysia : satu kajian. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text (Copyright Declaration)
NOR ZALINA BINTI MOHD YUSOF - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (317kB) | Request a copy
[img]
Preview
Text (24 pages)
NOR ZALINA BINTI MOHD YUSOF - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
NOR ZALINA BINTI MOHD YUSOF - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Kemajuan sesebuah organisasi pendidikan seperti politeknik adalah hasil usahasama melalui komunikasi. Setiap individu mahupun kumpulan seharusnya menitikberatkan aspek komunikasi terutamanya dari segi hubungan antara perseorangan dan antara kumpulan dalam organisasi. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji amalan komunikasi berkesan antara Ketua-ketua di setiap jabatan kejuruteraan dengan staf-staf akademik di politeknik-politeknik yang dipilih. Jabatan kejuruteraan yang dimaksudkan ialah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Penyelidik telah melibatkan sejumlah 260 orang responden yang merupakan staf-staf akademik dari empat buah politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra Kedah, Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan Pahang. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Data-data yang telah diperolehi direkodkan dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) window versi 10.0. Seterusnya untuk tujuan analisis data, kaedah statistik deskriptif dan inferens digunakan. Dapatan daripada kajian menunjukkan tahap amalan komunikasi berkesan berada pada paras yang sederhana sahaja. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikenalpasti bagi meningkatkan tahap amalan komunikasi yang sedia ada.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 01 Nov 2021 01:23
Last Modified: 01 Nov 2021 01:23
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2457

Actions (login required)

View Item View Item