Pembinaan dan penilaian program rekabentuk rasuk keluli (PRRK) sebagai alat kognitif dalam pembelajaran rekabentuk struktur di kalangan pelajar diploma kejuruteraan awam KUiTTHO

Antonisamy, Dorries (2002) Pembinaan dan penilaian program rekabentuk rasuk keluli (PRRK) sebagai alat kognitif dalam pembelajaran rekabentuk struktur di kalangan pelajar diploma kejuruteraan awam KUiTTHO. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
DORRIES ANTONISAMY - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
DORRIES ANTONISAMY - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (765kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
DORRIES ANTONISAMY - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Kajian awal yang telah dijalankan mendapati pelajar Kejuruteraan Awam KUiTTHO menghadapi masalah kognitif dalam pembelajaran mata pelajaran Rekabentuk Struktur khasnya dalam pemahaman konsep dan prosedur reka bentuk. Langkah pengiraan yang terlalu banyak selalunya mengelirukan pelajar sehinggakan mereka hilang minat dan tumpuan. Bagi membantu mereka, satu program telah disediakan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel bagi tujuan menganalisis dan mereka bentuk rasuk keluli bagi meningkatkan tahap kemahiran kognitif terhadap matapelajaran tersebut. Program Rekabentuk Rasuk Keluli (PRRK) ini disediakan berdasarkan kaedah reka bentuk yang diamalkan oleh British Standard Institution, Structural Use of Steel Work In Building. Seramai dua puluh satu orang pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan A warn yang mengambil mata pelajaran Rekabentuk Struktur telah diminta menilai program ini. Penilaian telah dijalankan terhadap isi, sifat mesra pengguna dan kebolehlaksanaan program menggunakan kaedah skor min. Selain itu perkaitan antara pengalaman pelajar menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran dengan penilaian PRRK juga telah dilihat. Keputusan skor min menunjukkan isi PRKK adalah baik, bersifat mesra pengguna dan mempunyai sifat kebolehlaksanaan. Ujian korelasi Spearman pula menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang perkaitan yang signifikan di antara pengalaman pelajar menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran dengan penilaian PRRK.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 01 Nov 2021 04:04
Last Modified: 01 Nov 2021 04:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2660

Actions (login required)

View Item View Item