Kesan penggunaan peta konsep ke atas pencapaian mata pelajaran rekabentuk sistem dalam kalangan pelajar program ijazah sarjana muda teknologi maklumat dan multimedia

Zainal Abidin, Norazlin (2008) Kesan penggunaan peta konsep ke atas pencapaian mata pelajaran rekabentuk sistem dalam kalangan pelajar program ijazah sarjana muda teknologi maklumat dan multimedia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
NORAZLIN ZAINAL ABIDIN - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NORAZLIN ZAINAL ABIDIN - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (164kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORAZLIN ZAINAL ABIDIN - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Peta konsep adalah satu kaedah persembahan yang menerangkan sesuatu konsep dalam bentuk grafik. Penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan pemasalahan di dalam pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran Rekabentuk Sistem bagi pelajar tahun dua semester satu Program Ijazah Saijana Muda Teknologi Maklumat Dan Multimedia. Kajian Kuasi-Eksperimental Bentuk Siri Masa Gangguan Sementara yang dijalankan menggunakan ujian pra dan pos ke atas sampel seramai 25 orang pelajar bagi kumpulan eksperimen dan 25 orang pelajar bagi kumpulan kawalan melalui kawalan secara memadan. Kumpulan eksperimen telah diajar dengan bantuan peta konsep manakala kumpulan kawalan diajar secara konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik dan set soalan kuiz. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS 16.0 bagi data deskriptif iaitu frekuensi, skor min dan sisihan piawai serta data inferensi melalui Ujian ANOVA sehala. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik Ujian Pra diantara kedua-dua kumpulan (p>0.05) dengan skor min kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah 3.280, manakala terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik Ujian Pos diantara kedua-dua kumpulan (p<0.05) dengan skor min tertinggi kumpulan eksperimen adalah 5.760 berbanding kumpulan kawalan iaitu 4.280. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan peta konsep telah meningkatkan keberkesanan pembelajaran Analisis Dan Rekabentuk Sistem. Pelajar juga dapat menerima penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 01 Nov 2021 06:59
Last Modified: 01 Nov 2021 06:59
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2762

Actions (login required)

View Item View Item