Kaedah pembelajaran lukisan kejuruteraan berasaskan simulasi

Darmin, Darni (2004) Kaedah pembelajaran lukisan kejuruteraan berasaskan simulasi. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
DARNI HJ DARMIN - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
DARNI HJ DARMIN - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (224kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
DARNI HJ DARMIN - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat kebolehgunaan sebuah perisian pendidikan yang menerapkan Kaedah Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan Berasaskan Simulasi bagi menyelesaikan masalah kurang faham , kurang minat dan kebergantungan yang terlalu memusat kepada guru di kalangan pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor . Justeru, penyampaian isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap pemikiran atau kognitif pelajar, aspek minat dan motivasi serta pembelajaran ala akses kendiri dirasakan sebagai faktor utama yang ingin dikenal pasti dalam perisian yang dibangunkan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Macromedia Authorware versi 6.5 dipilih sebagai bahasa pengarangan bagi membangunkan perisian pendidikan ini. Seramai 30 responden dipilih untuk mendapatkan maklum balas terhadap kajian ini. Data yang didapati telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.0 menggunakan kaedah deskriptif min. Hasil kajian mendapati bahawa maklum balas adalah positif terhadap faktor-faktor yang telah dikaji.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA174 Engineering design
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 02 Nov 2021 00:51
Last Modified: 02 Nov 2021 00:51
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2943

Actions (login required)

View Item View Item