Pemodelan persamaan struktur dalam intervensi kelakuan penggunaan topi keledar dengan betul

Ambak, Kamarudin (2011) Pemodelan persamaan struktur dalam intervensi kelakuan penggunaan topi keledar dengan betul. Doctoral thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p KAMARUDIN AMBAK.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Setiap tahun, lebih daripada 50% kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia membabitkan penunggang motosikal. Punca utama kematian adalah disebabkan kecederaan kepala yang serius. Salah satu strategi yang dikatakan berkesan untuk mencegah dan mengurangkan kecederaan kepala ialah dengan pemakaian topi keledar diikat kemas. Namun, masih ramai penunggang motosikal tidak menggunakan atau memakai topi keledar dengan betul. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenengahkan satu pendekatan baru bagi menangani permasalahan pemakaian topi keledar di kalangan penunggang motosikal. Bagi mendalami isu ini, teori dan model sains tingkah laku seperti Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) dan Model Kepercayaan Kesihatan (HBM) digunakan untuk meramal keinginan menggunakan topi keledar dengan betul. Manakala, Model Penerimaan Teknologi (TAM) digunakan untuk meramal keinginan penunggang motosikal menggunakan Sistem Peringatan Topi Keledar (SPTK). Kajian ini melibatkan pengumpulan data kajian secara kaedah pemerhatian dan kaji selidik. Sebanyak 1150 data pemerhatian gaya pemakaian topi keledar telah dikumpulkan dan seramai 300 penunggang motosikal telah mengisi borang soal selidik dengan kadar respons sebanyak 56% (daripada 533 yang ditemui). Hasil kajian pemerhatian menunjukkan 46.9% (540) daripada penunggang menggunakan topi keledar dengan betul, 10.8% (124) tidak mengikat tali topi keledar dan 42.3% (487) daripada mereka langsung tidak menggunakan topi keledar. Model-model kajian telah dianalisis dan diuji menggunakan teknik analisis multivariat yang dikenali sebagai Model Persamaan Struktur (SEM). Model struktur TPB dan TAM masingmasing menunjukkan penilaian indek mutlak memenuhi kriteria model yang sesuai iaitu melebihi nilai 0.9 dan juga ralat purata kurang dari 0.08. Sementara Model struktur HBM didapati tidak memenuhi kriteria model yang baik dengan indek mutlak kurang daripada 0.9 dan ralat purata melebihi 0.08. Konstruk sikap dalam model struktur TPB menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan terhadap keinginan menggunakan topi keledar dengan betul, konstruk norma subjektif dan tahu kawal kelakuan mempunyai hubungan kovarian yang signifikan dengan konstruk sikap. Manakala, model struktur TAM, konstruk tahu mudah guna merupakan peramal yang kuat terhadap keinginan menggunakan sistem SPTK berbanding konstruk tahu kegunaan. Bagi meningkatkan penggunaan topi keledar, satu konsep reka bentuk Sistem Peringatan Topi Keledar (SPTK) dicadangkan khususnya kepada penunggang motosikal. Hasilnya menunjukkan 90% daripada responden bersetuju bahawa sistem SPTK akan meningkatkan penggunaan topi keledar dengan betul dan ini akan memberikan kesan peningkatan kadar penggunaan topi keledar sebanyak 43% daripada yang sedia ada.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Q Science > QA Mathematics > QA273-280 Probabilities. Mathematical statistics
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 Nov 2021 01:34
Last Modified: 02 Nov 2021 01:34
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3006

Actions (login required)

View Item View Item