Tinjauan terhadap motivasi dan transformasi budaya kehidupan dalam kalangan pelajar baharu di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM

Abdul Rahman1, Khairul Anuar and Arshad, Muhammad Syarif and Rahim, Mohd Bekri and Nur Yunus, Faizal Amin and Hashim, Suhaizal and Razali, Nizamuddin (2021) Tinjauan terhadap motivasi dan transformasi budaya kehidupan dalam kalangan pelajar baharu di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM. Jurnal Sains Insani, 6 (1). pp. 121-125.

[img] Text
J12584_535ca0e94f7ffecaaf91599998944f42.pdf
Restricted to Registered users only

Download (277kB) | Request a copy

Abstract

Pelajar peringkat universiti khususnya pelajar tahun pertama yang menyambung pengajian di universiti cenderung untuk mengalami masalah dalam menjalani kehidupan baharu mereka. Hal ini berkait dengan tahap motivasi pelajar terhadap perubahan gaya kehidupan seharian mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar di peringkat universiti. Seramai 194 orang pelajar tahun pertama yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional, FPTV, UTHM dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan yang melibatkan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Satu set soal selidik telah diedar bagi mendapatkan data dalam kajian yang dijalankan ini. Data yang dikumpul daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science School (SPSS) versi 24 secara deskriptif yang melibatkan pengiraan kekerapan, peratusan, dan min bagi mengenal pasti tahap faktor diri, ibu bapa dan masyarakat yang mendorong motivasi serta faktor sosial dan masyarakat yang mendorong transformasi budaya kehidupan pelajar. Data deskriptif yang diperoleh menunjukkan nilai min bagi pembolehubah motivasi berada pada tahap tinggi dan pembolehubah transformasi budaya kehidupan juga pada tahap tinggi. Seterusnya, analisis statistik inferensi telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar dengan merujuk kepada ujian Spearman’s Rank Correlation. Hasil dapatan menunjukkan nilai korelasi berada pada nilai positif yang kuat. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan tahap motivasi pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM mempunyai hubungan yang kuat dengan transformasi budaya kehidupan mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Motivasi; transformasi budaya kehidupan; korelasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 16 Nov 2021 06:35
Last Modified: 16 Nov 2021 06:35
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3028

Actions (login required)

View Item View Item