Sumber tenaga boleh diperbaharu: prototaip kuasa biojisim sebagai ABM

Syed Fadzil, Syed Ahmad Firdaus and Idris, Mohd Safiee Idris (2020) Sumber tenaga boleh diperbaharu: prototaip kuasa biojisim sebagai ABM. In: Idea dan Inovasi Projek Elektrik dan Elektronik dalam TVET. Penerbit UTHM, pp. 46-53. ISBN 978-967-2916-55-0

[img] Text
Bab05.pdf
Restricted to Registered users only

Download (349kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan bagi merekabentuk, membangunkan dan menguji kebolehfungsian prototaip kuasa biojisim sebagai alat bantu mengajar (ABM). Kaedah pencernaan anaerobik digunakan untuk membangunkan prototaip kuasa biojisim . Sepuluh buah prototaip kuasa biojisim menggunakan tin aluminium sebagai medium konduktor dan disambungkan semuanya dalam keadaan siri telah dibangunkan oleh pengkaji dalam pembangunan prototaip ini. Bacaan diambil secara purata yang mana keseluruhan bacaan yang diambil sebanyak 100 kali. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata tertinggi bagi keluaran kuasa adalah 97.77mW, hasil darab purata bacaan voltan keluaran dan arus keluaran masing-masing adalah 4.108V dan 0.238A yang mana hasil tersebut mampu menghidupkan satu biji lampu LED dengan kandungan berat pasir halus iaitu 400 gram dan air garam sebanyak 1.3 liter. Seramai lima orang pakar memberi respons yang positif dan menerima prototaip kuasa biojisim sebagai ABM kerana ia menggunakan bahan buangan, mesra alam dan mudah dikendalikan.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Electric apparatus and appliances; Electronics; Government publications-Malaysia
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1041-1048 Vocational education (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK452-454.4 Electric apparatus and materials. Electric circuits. Electric networks
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK7800-8360 Electronics
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 03 Jan 2022 04:10
Last Modified: 03 Jan 2022 04:10
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3058

Actions (login required)

View Item View Item