Sistem aplikasi bantuan kerosakan kereta

Ali, Nur Afiqah and Othman, Muhaini (2020) Sistem aplikasi bantuan kerosakan kereta. In: Tajuk-tajuk Pilihan Teknologi Maklumat. Penerbit UTHM, pp. 64-71. ISBN 978-967-2916-34-5

[img] Text
Ch07.pdf
Restricted to Registered users only

Download (611kB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan sistem aplikasi berasaskan web kini semakin mendapat perhatian, seiring dengan kemajuan teknologi di Malaysia. Sistem Aplikasi Bantuan Kerosakan Kereta merupakan sistem aplikasi yang membantu pengguna kereta untuk mencari bengkel berdekatan dalam menyelesaikan masalah kerosakan kereta yang dihadapi. Kebarangkalian untuk kereta mengalami kerosakan secara tiba-tiba adalah tinggi walaupun telah diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini menjadikan bengkel sebuah tempat yang penting untuk menyelesaikan masalah berkaitan kerosakan kereta. Namun begitu ramai pengguna kereta tidak mengetahui lokasi bengkel yang berdekatan dengan lokasi kerosakan kereta mereka. Sistem aplikasi ini menyediakan platform kepada pengguna kereta untuk mencari bengkel berdekatan ketika mengalami kerosakan kereta. Pekerja bengkel akan mendapat notifikasi yang memaklumkan bahawa seseorang memerlukan khidmat bantuan untuk membaiki kerosakan dan segera ke lokasi yang dinyatakan. Metodologi Orientasi Objek Pembangunan Perisian telah digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi ini. Sistem aplikasi ini juga telah dibangunkan menggunakan platform Windows dan web. Berdasarkan pengujian yang telah dijalankan, sistem aplikasi ini sesuai digunakan oleh pihak lain dan mampu digunakan oleh beberapa peranti lain dalam masa yang sama. Sistem aplikasi ini dijangka akan membantu menjadikan carian bengkel lebih mudah dan efisien. Sistem aplikasi ini juga membantu pengguna kereta dalam mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai bengkel yang dipilih

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Information technology--Research--Malaysia; Technology--Research--Malaysia; Government publication--Malaysia
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA71-90 Instruments and machines
T Technology > T Technology (General) > T11.95-12.5 Industrial directories > T58.5-58.64 Information technology
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Information Security
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 02:16
Last Modified: 04 Jan 2022 02:16
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3123

Actions (login required)

View Item View Item