Sistem pengurusan maklumat saudara baharu di Batu Pahat

Mushairu, Maisarah and Othman, Muhaini (2020) Sistem pengurusan maklumat saudara baharu di Batu Pahat. In: Tajuk-tajuk Pilihan Teknologi Maklumat. Penerbit UTHM, pp. 87-98. ISBN 978-967-2916-34-5

[img] Text
Ch09.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Saban tahun, Pejabat Agama Daerah Batu Pahat terus membuat penambahan rekod ke fail saudara baharu. Sehingga kini, rekod masih disimpan di dalam fail secara manual yang mana proses ini sering menyebabkan kesukaran dalam capaian data. Secara umumnya, setiap saudara baharu perlu mengisi maklumat diri di dalam borang dan borang tersebut akan dimasukkan ke dalam fail mengikut tahun memeluk Islam. Pejabat agama juga masih menggunakan kertas untuk merekod kehadiran saudara baharu ke setiap kelas pengajian dan laporan akan dianalisis berdasarkan senarai nama saudara baharu di dalam buku yang akan menyulitkan lagi proses analisis. Justeru, suatu sistem berasaskan web dan pangkalan data bagi Sistem Pengurusan Maklumat Saudara Baharu di Batu Pahat dibangunkan bagi memudahkan urusan saudara baharu terutamanya apabila memeluk Islam, maklumat saudara baharu terus didaftarkan ke dalam sistem supaya data lebih tersusun dan mudah dicapai. Model prototaip digunakan sebagai metodologi kerana prototaip perlu dibangunkan untuk mengetahui sama ada sistem yang dibangunkan memenuhi kehendak pengguna sasaran. Selain itu, perisian Bracket sebagai tempat mengaplikasikan sumber kod dengan bantuan pangkalan data, PHPMyAdmin untuk menyimpan segala data bagi membangunkan sistem ini. Sistem ini menjadikan pengurusan maklumat berkaitan saudara baharu lebih bersistematik bagi mengurangkan kadar pengulangan data.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Information technology--Research--Malaysia; Technology--Research--Malaysia; Government publication--Malaysia
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA71-90 Instruments and machines
T Technology > T Technology (General) > T11.95-12.5 Industrial directories > T58.5-58.64 Information technology
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Information Security
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 02:26
Last Modified: 04 Jan 2022 02:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3127

Actions (login required)

View Item View Item