Keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Salleh, Bibie Sara (2002) Keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
BIBIE SARA SALLEH - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
BIBIE SARA SALLEH - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (306kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
BIBIE SARA SALLEH - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Projek Sarjana yang bertajuk "Keberkesanan Program Latihan Industri di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn adalah untuk menguji tahap keberkesanan latihan industri dari persepsi pelajar yang telah menjalani latihan industri. Responden terdiri daripada 60 orang iaitu 21 orang pelajar Kejuruteraan Awam, 20 pelajar Kejuruteraan Elektrik dan 19 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ke atas tahap keberkesanan latihan industri adalah dilihat dari 3 persoalan kajian yang pertama iaitu, 1- sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh pihak KUiTTHO dalam menentukan kesesuaian program latihan industri, 2- apakah tahap kesediaan pelajar KUiTTHO dalam menjalani latihan industri dan 3-sejauhmanakah sokongan yang diberikan oleh pihak organisasi terhadap program latihan industri. Data-data dianalisis daripada soal-selidik ke dalam bentuk min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO adalah tinggi merujuk kepada tahap kesediaan pelajar dalam menjalani latihan dan sokongan organisasi tempat latihan terhadap program latihan industri. Tetapi tahap keberkesanan yang merujuk kepada peranan pihak KUiTTHO dalam menentukan kesesuaian latihan industri adalah di tahap sederhana

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1041-1048 Vocational education (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 02 Nov 2021 02:06
Last Modified: 02 Nov 2021 02:06
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3202

Actions (login required)

View Item View Item