Mohd Termezai, Nur Azilarina and Senan, Norhalina and Othman, Muhammad Fakri and Suparjoh, Suriawati (2020) Aplikasi Linus Matematik berasaskan permainan. In: Sistem dan aplikasi multimedia – pembangunan terkini. Penerbit UTHM, pp. 71-83. ISBN 978-967-2916-52-9
Text
Bab08.pdf Restricted to Registered users only Download (746kB) | Request a copy |
Abstract
Program LINUS merupakan satu program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengatasi isu asas literasi dan numerasi yang masih tidak dapat dikuasai oleh murid sekolah rendah. Pada masa kini, kaedah pelaksanaan Program LINUS ini memerlukan guru membawa modul yang disediakan oleh pihak KPM atau mana-mana bahan yang disediakan oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, aplikasi ini dibangunkan sebagai alat bantu mengajar alternatif kepada guru-guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, aplikasi ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk melakukan proses pembelajaran dan pengujian kendiri terhadap tahap kefahaman LINUS anak-anak mereka. Model ADDIE digunakan sebagai metodologi pembangunan aplikasi ini. Model ADDIE mempunyai lima fasa antaranya adalah menganalisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian yang mana setiap fasa adalah bersesuaian untuk pembangunan aplikasi pembelajaran. Pengujian aplikasi telah dilaksanakan oleh pengguna sasaran iaitu murid tahun 3 sekolah rendah. Hasil pengujian menunjukkan 100% responden setuju aplikasi ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Selain itu, sebanyak 95% responden setuju aplikasi ini sesuai digunakan sebagai alat latihan kendiri. Di samping itu, 81% responden setuju aplikasi ini akan dapat meningkatkan pengetahuan. Secara kesimpulan, Aplikasi Linus Matematik ini telah berjaya dibangunkan dan mempunyai kebolehgunaan yang tinggi dan memenuhi kehendak pengguna sasaran.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Application software—Development; Internet programming; Multimedia systems; Technological innovations; Government publication--Malaysia |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD45-45.2 Technological innovations. Automation |
Divisions: | Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Multimedia |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 04 Jan 2022 07:02 |
Last Modified: | 04 Jan 2022 07:02 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3245 |
Actions (login required)
View Item |