Integrasi realiti terimbuh (AR) dalam aktiviti mewarna

Ab. Basir, Abdul Qayyum and Wahid, Noorhaniza and A. Hamid, Rahayu and Murli, Norhanifah (2020) Integrasi realiti terimbuh (AR) dalam aktiviti mewarna. In: Sistem dan aplikasi multimedia – pembangunan terkini. Penerbit UTHM, pp. 92-106. ISBN 978-967-2916-52-9

[img] Text
Bab10.pdf
Restricted to Registered users only

Download (758kB) | Request a copy

Abstract

Mewarna merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang digunakan untuk meningkatkan kemahiaran psikomotor dan kreativiti kanak-kanak. Namun begitu, kandungan yang disediakan di dalam buku mewarna adalah bersifat statik dan tidak menyediakan elemen-elemen dinamik seperti interaktiviti. Kanak-kanak mudah merasa bosan kerana tiada interaksi dua hala yang berlaku antara mereka dan karakter ketika proses mewarna dilakukan. Sebagai penambahbaikan terhadap permasalahan tersebut, satu aplikasi mewarna yang dinamakan Dr Bubble Coloring AR dibangunkan. Aplikasi ini menggunakan teknik realiti terimbuh (AR) yang diintegrasikan ke dalam aplikasi mewarna. Imej yang diwarnakan menjadi penanda untuk diimbas oleh peranti mudah alih lalu dipaparkan secara maya dalam bentuk tiga dimensi (3D). Aplikasi ini menyediakan bebutang interaksi bagi membolehkan pengguna berinteraksi dengan karakter serta mengesan objek yang diwarnakan di dalam buku mewarna. Secara keseluruhan, 75% responden sangat bersetuju aplikasi ini menarik dan menyeronokkan, manakala 84% responden sangat bersetuju keseluruhan aplikasi ini berfungsi dengan baik dan sempurna.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Application software—Development; Internet programming; Multimedia systems; Technological innovations; Government publication--Malaysia
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD45-45.2 Technological innovations. Automation
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Multimedia
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 07:13
Last Modified: 04 Jan 2022 07:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3247

Actions (login required)

View Item View Item