Penilaian pengurusan fasiliti di sekolah dasar negeri di Jakarta

Adnan, Ronny Nasrun (2010) Penilaian pengurusan fasiliti di sekolah dasar negeri di Jakarta. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p RONNY NASRUN ADNAN.pdf

Download (170kB) | Preview
[img] Text (Full Text)
RONNY NASRUN ADNAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pendekatan baru pengurusan memerlukan peningkatan ke atas penyediaan pengurusan fasiliti di sekolah dasar negeri untuk memastikan sekolah - sekolah ini bersih, aman, dan lingkungan belajar yang sihat. Kajian memeriksa fungsi Pengurusan Fasiliti yang berhubungan dengan operasi harian dan pembaikan, memeriksa variabel-variabel dan faktor-faktor bangunan yang mempengaruhinya. Fasa pertama kajian berasaskan pendekatan kuantitatif dengan menilai pengurusan fasiliti pada sekolah dasar negeri di Jakarta. Alat kaji selidik di sini disebut Roda perkhidmatan/ Service-On-Wheels, dan data dikumpulkan dari 300 buah sekolah dasar negeri untuk menilai 24 jenis pengurusan fasiliti. Kajian mendapati hubungan antara penilaian pengurusan fasiliti dengan ciri-ciri bangunan atau faktor -faktor termasuk umur bangunan, keluasan, kondisi, jumlah pelajar, tidak berpengaruh terhadap penilaian pengurusan fasiliti. Kajian ini menggunakan beberapa metod analisis statistik termasuk regresi, korelasi dan histogram. Dalam fasa kedua berasaskan pendekatan kualitatif melibatkan kutipan data ke atas penyedia perkhidmatan iaitu 10 orang pegawai dinas pendidikan dasar DKI Jakarta menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur. Melalui kajian ini didapati wujudnya keperluan untuk mengukur tahap kualiti perkhidmatan di dinas pendidikan dasar DKI Jakarta.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > TS Manufactures
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Feb 2022 01:53
Last Modified: 03 Feb 2022 01:53
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3606

Actions (login required)

View Item View Item