Pelaksanaan pembelajaran melalui buku teks digital dalam memperkasakan pengajaran guru di sekolah

Hamid, Hashima and Madar, Ahmad Rizal (2017) Pelaksanaan pembelajaran melalui buku teks digital dalam memperkasakan pengajaran guru di sekolah. In: Pembangunan Produk dan Reka Bentuk Siri 1. Penerbit UTHM, Batu Pahat, Johor, pp. 1-20. ISBN 9789672110477

[img] Text
Chapter 1_PPRB_S1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (248kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi guru dan cabaran dalam pelaksanaan pembelajaran melalui buku teks digital dalam memperkasakan pengajaran guru di sekolah. Selain itu, untuk mengetahui kecenderungan guru untuk melibatkan diri dalam pembelajaran melalui buku teks digital. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan melibatkan guru-guru di sekolah yang melaksanakan pembelajaran melalui buku teks digital. Borang soal selidik telah disebarkan kepada 75 sampel kajian yang terlibat. Terdapat tiga buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir. Data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Sciences 20.0 (SPSS) dengan menjalankan analisis deskriptif iaitu nilai min dan sisihan piawai bagi persoalan kajian pertama, kedua dan ketiga. Manakala bagi persoalan kajian keempat dianalisis menggunakan analisis korelasi Spearman untuk mengetahui hubungan antara persepsi guru bagi aspek kesediaan, penggunaan dan kemahuan dengan kecenderungan guru untuk melibatkan diri dalam pembelajaran melalui buku teks digital. Hasil analisis mendapati pekali korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, sekaligus menunjukkan HO tidak diterima. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan tetapi pelaksanaannya masih ditahap kurang memuaskan dan masih memerlukan penambahbaikan pada masa akan datang.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Buku teks digital; teknologi; teknologi dalam pendidikan; persepsi guru; kecenderungan guru
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T61-173 Technical education. Technical schools
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Farizah Sudin
Date Deposited: 13 Jan 2022 04:38
Last Modified: 13 Jan 2022 04:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4337

Actions (login required)

View Item View Item