Pembangunan perisian pembelajaran mobile CRTV.cn untuk kursus diagnous dan senggaraan audio video

Subramaniam, Tamil Selvan and Rubani, Siti Nur Kamariah and Hamzah, Norhasyimah and Ariffin, Arihasnida (2018) Pembangunan perisian pembelajaran mobile CRTV.cn untuk kursus diagnous dan senggaraan audio video. Online Journal for TVET Practitioners (OJ-TP), 3 (1). pp. 100-110. ISSN 2289-7410

[img] Text
AJ 2018 (873) Pembangunan perisian pembelajaran mobile CRTV.cn untuk kursus diagnous dan senggaraan audio video.pdf
Restricted to Registered users only

Download (275kB) | Request a copy

Abstract

Kemajuan hari ini telah memberi kesan terhadap perkembangan teknologi dari pelbagai aspek dan bidang. Bidang pendidikan juga turut tidak terkecuali dalam menerima tempias hasil daripada perkembangan teknologi ini. Kesan daripada perkembangan teknologi ini telah melahirkan satu kaedah pembelajaran baru yang dikenali sebagai mobile learning atau mlearning. M-learning membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada bila-bila masa dan tanpa ada had lokasi. Hasil daripada tinjauan yang telah dilakukan mendapati tiada perisian pembelajaran berbentuk mobile dibangunkan bagi kursus Diagnous dan Senggaraan Audio Video sebagai bahan sokongan pembelajaran di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Oleh yang demikian kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pembelajaran yang bersifat mudah alih bagi topik Penerima TV Warna sebagai ABBM yang dapat membantu dalam pembelajaran di luar kelas. Pembangunan Perisian Pembelajaran CRTV.cn telah menjadikan model ADDIE sebagai rujukan dan panduan dalam pembangunan. Pelaksanaan perisian telah dibuat dengan memuat naik Perisian Pembelajaran CRTV.cn di Play Store. Fasa penilaian perisian dilakukan dengan membangunkan instrumen pengujian berskala likert yang mengandungi lima tahap. Pengujian dilakukan untuk menguji faktor yang berkaitan dengan kebolehgunaan serta kebergunaan perisian terhadap pengguna. Analisis data telah menggunakan perisian SPSS version 20. Hasil daripadanya mendapati 54.66 % daripada respon memilih skala setuju yang menyatakan bahawa Perisian Pembelajaran CRTV.cn membantu pelajar dalam pembelajaran bagi kursus Diagnous dan Senggaraan Audio Video. Hasil daripada dapatan kajian juga membuktikan bahawa penggunaan Perisian Pembelajaran CRTV.cn dapat menjadi satu kaedah atau alternatif baru dalam proses pembelajaran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Aplikasi Mobile; Diagnous dan Senggaraan Audio Video; CRTV.cn; ADDIE & TVET
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA168 Systems engineering
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Skills and Professional
Depositing User: UiTM Student Praktikal
Date Deposited: 13 Jan 2022 06:23
Last Modified: 13 Jan 2022 06:23
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5514

Actions (login required)

View Item View Item